makluman

** Halaman ini dalam proses pengemaskinian. Harap maklum.

LATAR BELAKANG

Bahagian Pemasaran Digital  adalah satu usaha yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam memanfaatkan teknologi digital dan platform dalam talian untuk mempromosi, memasar, dan mengedarkan produk-produk pertanian di Malaysia. Produk-produk pertanian adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, hasil ternakan, dan produk agro makanan. Bahagian Pemasaran Digital bertanggungjawab untuk mempromosi dan memasarkan produk makanan pertanian (agro makanan) menggunakan pelbagai platform dalam pasaran digital.
Berikut adalah strategi dan inisiatif Bahagian Pemasaran Digital:

  1. Membantu memasarkan produk agro makanan:
    Bahagian Pemasaran Digital bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, dan menguruskan kempen pemasaran digital yang bertujuan untuk mempromosikan produk agro makanan, melibatkan penggunaan pelbagai alat pemasaran digital seperti iklan dalam talian, media sosial, laman web, dan lain-lain untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan kepada pengguna dalam talian.
     
  2. Menyediakan luang pasaran digital: 
    Salah satu peranan utama Bahagian Pemasaran Digital adalah untuk mencipta peluang dalam pasaran digital dengan tujuan membantu produk agromakanan mencapai lebih ramai pelanggan dalam talian. Bahagian Pemasaran Digital berusaha untuk memastikan ketersediaan produk usahawan di pelbagai platform e-dagang dan laman web, bertujuan untuk memperluaskan pasaran digital produk usahawan. 
     
  3. Penggunaan Platform Agrobazaar Online:
    Agrobazaar Online adalah platform pasaran maya yang dikelola oleh FAMA khas untuk memberikan penekanan kepada penjualan produk pertanian dan makanan secara atas talian. Bahagian Pemasaran Digital menggunakan platform ini untuk memapar dan menjual produk agromakanan kepada pengguna yang berminat.
     
  4. Penglibatan Platform E-Dagang lain (Shopee dan Lazada): 
    Selain daripada platform Agrobazaar Online, Bahagian Pemasaran Digital juga menggunakan platform e-dagang yang popular seperti Shopee dan Lazada. Usahawan digalakkan membuat penyenaraian produk, menguruskan inventori dalam talian, dan menggunakan ciri-ciri pemasaran yang disediakan oleh platform swasta untuk menarik pelanggan dan meningkatkan penjualan produk agro makanan.
     
  5. Kerjasama dengan pelbagai pihak: 
    Bahagian Pemasaran Digital juga menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak seperti pengeluar agro makanan, pakar dalam bidang pertanian, pengendali platform e-dagang, dan agensi pemasaran digital untuk mencapai matlamat pemasaran yang berkesan.