Pelabelan

Pematuhan Pelabelan Keluaran Pertanian 
Suatu label yang ditanda pada suatu bungkusan keluaran pertanian atau pada apa-apa benda yang dilekatkan pada suatu bungkusan keluaran pertanian :

  1. Hendaklah bersaiz tidak kurang daripada 11 sentimeter kali 7 sentimeter;
  2. Hendaklah ditanda dengan kemas dan mudah dilihat di permukaan sebelah atas atau sisi bungkusan; dan
  3. Hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
    • nama dan alamat perniagaan pengimport, pengeksport, ejen, pengeluar atau pengedar, mengikut mana-mana yang berkenaan, keluaran pertanian;
    • nama biasa keluaran pertanian;
    • standard gred keluaran pertanian;
    • saiz keluaran pertanian;
    • negara asal keluaran pertanian;
    • berat bungkusan keluaran pertanian; dan
    • perkataan “Produce of Malaysia”, jika berkenaan, jika keluaran pertanian itu untuk eksport.


Butir-butir yang disebut dalam perenggan 1 (c) hendaklah ditandakan mengikut cara yang berikut supaya mudah dibaca dan tahan lama:

  1. dalam penghurufan yang tidak kecil daripada 20 point
    • dalam huruf besar kesemuanya atau huruf kecil kesemuanya atau huruf kecil yang huruf awalnya dalam huruf besar;
    • dalam warna yang kontras dengan latar belakangnya; dan
    • muka taip hendaklah sama bagi tiap-tiap perkataan;
  2. jika keluaran pertanian itu bagi pasaran domestik, dalam bahasa kebangsaan dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain;
  3. jika keluaran pertanian itu untuk eksport, dalam bahasa Inggeris dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain; dan
  4. jika keluaran pertanian itu diimport, dalam bahasa kebangsaan.


Tujuan Label

  1. Mengenalpasti pengeluar yang mengeluarkan sesuatu hasil
  2. Memberi maklumat kepada jabatan atau agensi mengenai sumber, kuantiti dan jumlah pengeluar dan jenis bekalan
  3. Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa baki racun dalam Akta Makanan 1983
  4. Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di pasaran
  5. Memenuhi peraturan perdagangan antarabangsa