Pelabelan
Pelabelan
Pematuhan Pelabelan Keluaran Pertanian
Suatu label yang ditanda pada suatu bungkusan keluaran pertanian atau pada apa-apa benda yang dilekatkan pada suatu bungkusan keluaran pertanian :
- Hendaklah bersaiz tidak kurang daripada 11 sentimeter kali 7 sentimeter;
- Hendaklah ditanda dengan kemas dan mudah dilihat di permukaan sebelah atas atau sisi bungkusan; dan
- Hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
- nama dan alamat perniagaan pengimport, pengeksport, ejen, pengeluar atau pengedar, mengikut mana-mana yang berkenaan, keluaran pertanian;
- nama biasa keluaran pertanian;
- standard gred keluaran pertanian;
- saiz keluaran pertanian;
- negara asal keluaran pertanian;
- berat bungkusan keluaran pertanian; dan
- perkataan “Produce of Malaysia”, jika berkenaan, jika keluaran pertanian itu untuk eksport.
Butir-butir yang disebut dalam perenggan 1 (c) hendaklah ditandakan mengikut cara yang berikut supaya mudah dibaca dan tahan lama:
- dalam penghurufan yang tidak kecil daripada 20 point
- dalam huruf besar kesemuanya atau huruf kecil kesemuanya atau huruf kecil yang huruf awalnya dalam huruf besar;
- dalam warna yang kontras dengan latar belakangnya; dan
- muka taip hendaklah sama bagi tiap-tiap perkataan;
- jika keluaran pertanian itu bagi pasaran domestik, dalam bahasa kebangsaan dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain;
- jika keluaran pertanian itu untuk eksport, dalam bahasa Inggeris dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain; dan
- jika keluaran pertanian itu diimport, dalam bahasa kebangsaan.
Tujuan Label
- Mengenalpasti pengeluar yang mengeluarkan sesuatu hasil
- Memberi maklumat kepada jabatan atau agensi mengenai sumber, kuantiti dan jumlah pengeluar dan jenis bekalan
- Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa baki racun dalam Akta Makanan 1983
- Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di pasaran
- Memenuhi peraturan perdagangan antarabangsa
Spesifikasi Label Mengikut Peraturan