Pasar Tani


KUMPULAN SASAR

  1. Petani, peternak, nelayan dan usahawan industri asas tani
  2. Usahawan pemasar
  3. Belia dan siswazah
  4. Golongan berpendapatan rendah (B40)
  5. Ibu tunggal
  6. Pesara dan bekas tentera
  7. Orang Kurang Upaya (OKU)
  8. Penduduk setempat dan kariah masji

IMPAK PROGRAM

  1. Pertambahan bilangan outlet peruncitan bagi hasil pertanian dan agro makanan
  2. Peningkatan pendapatan usahawan tani
  3. Peningkatan bilangan usahawan peruncitan dan pemborongan
  4. Harga yang kompetitif dan dapat memberi penjimatan kepada pengguna

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Warga Negara Malaysia (tidak termasuk taraf penduduk tetap)
  • Petani / Pengeluar (diberi keutamaan)
  • Usia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun (Keutamaan usia kurang dari 40 tahun)
  • Mengusahakan projek pertanian atau projek berasaskan pertanian diberi keutamaan
  • Berkekupayaan mengendali urusniaga
  • Sanggup menerima teguran atau cadangan dari FAMA
  • Sedia menerima teguran, cadangan dan tindakan dari pihak FAMA
  • Besedia untuk ditempatkan di mana-mana pasar tani yang ditawarkan
  • Melengkapkan boring permohonan pasar tani dan mengemukakan ke pejabat FAMA yang berhampiran

CARA-CARA MEMOHON 
  1. Melengkapkan Borang Permohonan Pasar Tani yang boleh diperolehi secara percuma dari Pejabat FAMA berhampiran atau dimuat turun dari Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) www.fama.gov.my
     
  2. Mengemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan ke Pejabat FAMA Negeri yang berdekatan

 

Pages: 1  2  3