Program Keusahawanan Pasar Tani Program Keusahawanan Pasar Tani

PASAR TANI

PENGENALAN
 
PASAR TANI yang diperkenalkan adalah tercetus dari idea perlunya diwujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar Tani sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna' telah menjadi institusi Pemasaran yang utama di Negara ini. Konsep Pasar Tani yang bercirikan mudah alih dan bersuasana karnival dengan identiti tersendiri telah dilancarkan pada 31 Januari 1985 di Johor Bharu. Pasar-pasar Tani yang telah diwujudkan adalah terdiri daripada Pasar Tani Mega, Pasar Tani Desaraya, Pasar Tani Borong, Pasar Tani Kekal dan juga Pasar Tani Bunga.

Penubuhan Pasar Tani ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai petani bersikap lebih responsif serta mempercepatkan proses pembangunan sosioekonomi masyarakat tani iaitu selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN).
 
OBJEKTIF PASAR TANI
 
Di antara objektif-objektif utama pembangunan PASAR TANI termasuklah:-
  • Meluaskan pasaran hasil Pertanian
  • Memperkuatkan kuasa tawar menawar
  • Mengurangkan pergantungan pengeluaran kepada orang tengah
  • Mengurangkan kos dan margin Pemasaran
  • Meningkatkan pendapatan petani
  • Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru.
  • Mengalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum bumiputera
  • Menggalakkan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan.
MATLAMAT PASAR TANI
 
FAMA menetapkan serampang dua mata melalui penubuhan Pasar Tani iaitu:
  • Bagi meluaskan pasaran hasil pertanian dan memberi peluang latihan kepada usahawan tani yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keusahawanan mereka.
  • Memberi peluang kepada pengeluar desa menjual hasil keluaran secara sempurna dan menarik dengan penekanan kepada konsep nilai tambah dan perkhidmatan yang lebih selesa.
KEISTIMEWAAN PASAR TANI
  • Hampir keseluruhan penjual di Pasar Tani terdiri dari petani individu dan berkumpulan yang menjual hasil pertanian segar ataupun siap diproses.
  • Hasil pertanian yang dijual lebih segar pada harga berpatutan kerana sebahagian besar peserta mendapat bekalan terus dari ladang.
  • Selain aktiviti jualan, Pasar Tani diserikan dengan pelbagai kegiatan berjadual seperti aktiviti promosi barangan baru, galakan pasaran produk pertanian dan memperkenalkan produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)
KHIDMAT SOKONGAN PASAR TANI
  • Khidmat urusetia bagi melayani keperluan peserta dan para pengunjung.
  • Pelbagai aktiviti disediakan untuk menarik perhatian pengguna dan pengunjung diatur oleh pihak FAMA seperti aktiviti promosi dan karnival jualan.
  • Bagi meningkatkan tahap keusahawanan, peserta Pasar Tani dikehendaki menjalani latihan seperti kursus kejurujualan, perakaunan, motivasi keusahawanan, bengkel, seminar dan sebagainya.
 
SYARAT UNTUK MENYERTAI PASAR TANI
  • Pengeluar (diberi keutamaan)
  • Usia tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  • Mengusahakan projek pertanian atau projek berasaskan pertanian
  • Berkeupayaan mengendalikan urusniaga
  • Sanggup menerima teguran atau cadangan dari FAMA
  • Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Pasar Tani ditawarkan
  • Melengkapkan Borang Permohonan Pasar Tani dan mengemukakan ke pejabat FAMA yang berhampiran
 
9 SEBAB ANDA PERLU MEMBELI BELAH DI PASAR TANI
  • Penjual dan pembeli bertemu mesra dalam suasana karnival.
  • Anda berpeluang menikmati kepelbagaian barangan istimewa hasil pertanian.
  • Selamat, segar dan berkualiti
  • Anda dapat menikmati harga barangan yang berpatutan.
  • Ringgit anda dapat dijimatkan.
  • Tumpuan membeli barangan keluaran hasil pertanian.
  • Antara pengamal penjual yang jujur.
  • Nadi kepada kemakmuran dan aktiviti pertanian.
  • Impian nyata melalui kemampuan petani.

 

 

 

16 Oktober 2017 04:22 PM