
PASAR TANI MEGA
Pengenalan |
Pasar Tani Mega merupakan peningkatan konsep Pasar Tani Runcit dari segi peralatan dan susun atur tapak jualan. Antara perbezaan yang dibuat adalah penggunaan rak-rak bertingkat bagi penjualan buah, sayur dan barangan proses, dan meja besi keluli (stainless steel) untuk penjualan barangan basah seperti ikan, ayam dan daging. Ini lebih kemas dan menarik berbanding dengan penggunaan meja papan lapis dengan kaki besi berlipat di Pasar Tani Runcit. Kanopi mudah-alih bersaiz seragam sebesar 10 kaki x 10 kaki pula menggantikan payung empat segi yang biasa digunakan di Pasar Tani Runcit. Hasilnya, Pasar Tani Mega bukan sahaja menampilkan imej yang lebih kemas dan menarik, bahkan lebih bersih, selesa, ceria dan mesra-pelanggan berbanding dengan Pasar Tani Runcit. Saluran pasaran yang unik ini juga dibentuk supaya menjadi mercu tanda agro-pelancongan yang penting dan berupaya menarik tumpuan pelancong serta pelanggan yang lebih sofistikated. |
Apa Itu Pasar Tani Mega |
Pasar Tani Mega adalah merupakan satu lambang kejayaan milik bersama usahawan tani yang terdiri daripada peserta Pasar Tani, petani atau pengeluar, penternak dan nelayan. Dengan mengekalkan ciri-ciri kemesraan dan bersuasana karnival, Pasar Tani Mega mempamerkan peragaan barangan jualan yang lebih kemas dan menarik serta menyediakan ruang perniagaan yang lebih luas, kemudahan awam yang lebih selesa dan persekitaran yang ceria. Pasar Tani Mega pertama dilancarkan pada 19 September 2004 di Shah Alam Selangor. |
Tujuan |
|
Skop Perkhidmatan FAMA |
|
|
Kumpulan Sasaran |
|
Kelayakan |
|
Pages:
1 2