Pasar Tani Kekal

PASAR TANI KEKAL

Pasar Tani Kekal bertujuan untuk memodenkan perlaksanaan “Pasar” di bawah satu konsep melalui:

  1. Pemodenan kaedah niaga penjaja-penjaja di bawah satu bumbung di lokasi yang kekal mengikut kluster dan waktu niaga yang ditetapkan
  2. Penawaran pengalaman membeli belah dalam konsep moden dan bersih dengan jaminan keselesaan kepada penjaja-penjaja dan pengguna dalam aspek penyediaan premis dan kemudahan asas yang lebih teratur, kemas, selesa dan bersih dengan imej baru
  3. Penyediaan platform / infrastruktur sebagai tapak untuk kegiatan atau aktiviti komuniti
  4. Usaha menggalakkan penjaja berniaga dengan konsep peragaan dan pakaian yang seragam agar lebih tersusun, kemas dan menarik
  5. Usaha menggalakkan penggunaan kenderaan niaga dengan reka bentuk khas ( karavan / unit bergerak ) yang lebih menarik dan bersih
  6. Menyediakan peluang pekerjaan tambahan serta meningkatkan tahap keusahawanan dan pendapatan kumpulan sasaran terlibat
     

PENGENALAN

Pasar Tani Kekal ( PTK ) adalah satu projek pembangunan bagi menonjolkan kepesatan perubahan dan kemajuan Pasar Tani Runcit. 

Peserta PTK akan ditempatkan di bawah satu bumbung dan mereka akan menjalankan perniagaan setiap hari.  Situasi ini akan meningkatkan volume urusniaga dan secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari.

PTK akan mengekalkan positioning  Pasar Tani Runcit iaitu memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan

OBJEKTIF

TRANFORMASI - kumpulan  pasar  penjaja di bawah  satu bumbung  dengan konsep:

  1. Pemodenan dan pengabungan Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Tamu dan Pasar Minggu dengan penempatan penjaja berdaftar dibawah 1 lokasi dan 1 bumbung kompleks penjaja mengikut kluster, hari dan waktu.
  2. Penawaran pengalaman membeli belah dalam konsep moden, bersih dan selesa didalam sebuah kompleks kekal, moden dan hygenic
     

FAEDAH MENYERTAI PROGRAM

  1. Menyediakan aktiviti Program Galakan Pengunjung
  2. Menyediakan bahan promosi seperti menambah baik tapak, papan tanda, banner, bunting, risalah khususnya bagi pembukaan Pasar Tani Kekal baru
  3. Kursus bimbingan keusahawanan

Pages: 1  2  3