Program Keusahawanan Pasar Tani Program Keusahawanan Pasar Tani

DESARAYA

Pengenalan
 
Pembangunan pesat Pasar Tani yang mencapai kemuncaknya pada tahun 1995 dengan bilangan operasi sebanyak 160 tapak telah mendorong FAMA memperkenalkan konsep Desaraya.

Desaraya adalah sebuah premis jualan yang kekal yang menawarkan berbagai barangan runcit seperti di pasar mini, yang dijalankan oleh gabungan sekumpulan peniaga pasar tani.

Fungsinya ialah melatih peserta pasar tani dalam bidang pengurusan kedai runcit secara menyeluruh, dengan tujuan mendorong mereka membuka kedai runcit sendiri.

Sehingga kini, sebanyak 16 buah Desaraya telah dibangunkan dan berjaya menempatkan 62 orang peserta Pasar Tani dengan kemampuan peluang pasaran purata sebanyak RM1 juta sebulan.
 
Tujuan
  • Membantu kaum Bumiputera menceburi bidang pemasaran hasil pertanian
  • Memberi latihan kepada peserta Pasar Tani menceburi bidang peruncitan dan pemborongan di premis kekal
  • Memudahkan kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran yang baik melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis perniagaan kekal
Skop Perkhidmatan FAMA
  • Penyediaan peluang perniagaan dalam bidang peruncitan
  • Khidmat nasihat
    • kursus
    • pemadanan perniagaan (business matching)
    • maklumat pasaran
    • direktori perniagaan
    • program mentor-mentee
  • Khidmat urusetia
  • Maklumat harga panduan
  • Panduan susun atur dan persembahan produk
  • Perkhidmatan bagi mendapatkan premis untuk disewa oleh peserta
  • Promosi produk baru
  • Hak mengguna imej Desaraya berupa papan tanda, susun atur premis perniagaan dan pakaian seragam
Kumpulan Sasaran
  • Semua peserta pasar tani yang berkeupayaan dan mempunyai modal sekurang-kurangnya RM50,000
  • Usahawan dari kalangan kategori perniagaan yang berbeza (proses, sayur, buah, ikan, daging, barangan runcit)
Kelayakan
  • Kelayakan: 18 tahun - 60 Tahun
  • Permit: Memiliki permit sah daripada FAMA
  • Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar sebelum perniagaan mula
  • Barang Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapat bekalan daripada FAMA
  • Peniaga Makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & suntikan demam kepialu (typhoid)
Cara Memohon

Penyertaan Desaraya hanya diberikan kepada peserta Pasar Tani sahaja. Pemilihan peserta Pasar Tani bagi menyertai Desaraya akan dibuat oleh FAMA berdasarkan prestasi peserta.
25 September 2017 12:46 PM