Program Keusahawanan Pasar Tani Program Keusahawanan Pasar Tani

PASAR TANI BORONG DAN PUSAT JUALAN BORONG

Pengenalan
 
Pasar Tani Borong dan Pusat Jualan Borong adalah saluran pemasaran yang dibentuk khas untuk menaikkan taraf peserta Pasar Tani dan usahawan-usahawan asas tani yang layak daripada perniagaan jenis peruncitan kepada bidang pemborongan.

Program ini merangkumi penyediaan infrastruktur pemasaran yang lengkap di bangunan kekal yang dirancang khas untuk memudahkan perniagaan borong.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah ruang niaga yang luas, kemudahan bilik sejuk, peralatan pembungkusan dan penggredan, bilik latihan, ruang pejabat dan pelbagai kemudahan awam seperti telefon, surau dan tandas.
 
Tujuan
  • Menyumbang kepada dasar kerajaan untuk mewujudkan lebih ramai penyertaan kaum bumiputera dalam aktiviti pemasaran hasil pertanian.
  • Memberi latihan kepada peserta Pasar Tani menceburi bidang pemborongan di premis kekal.
  • Kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran dapat disempurnakan melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis kekal/tetap.
  • Menaik taraf peserta pasar tani daripada peruncit kepada pemborong
Skop Perkhidmatan FAMA
  • Penyediaan peluang niaga untuk aktiviti pemborongan:
  • Khidmat nasihat
    • kursus
    • maklumat pasaran
    • program mentor & mentee
    • pemadanan perniagaan (business matching)
    • direktori perniagaan
  • Pembayaran secara mudah bagi pembelian peralatan seperti payung, kanopi, bakul, meja, alas meja dan pakaian seragam.
  • Khidmat urusetia
    • maklumat harga panduan
    • pengesahan alat timbang (dengan kerjasama Jabatan Timbang dan Sukat)
    • pengesahan berat barangan yang dibeli
    • panduan susun atur dan persembahan produk
    • promosi produk baru
Kumpulan Sasaran
  • Usahawan yang berjaya daripada kalangan peserta Pasar Tani.
  • Usahawan yang mengeluarkan produk pertanian segar atau produk proses asas tani secara besar-besaran.
  • Mempunyai rangkaian perniagaan yang mantap.
Kelayakan
  • Usahawan mesti berdaftar dengan FAMA
  • Mempunyai produk jualan yang boleh dipasarkan
Cara Memohon

Dapatkan keterangan lanjut daripada bahagian yang berkenaan di Ibu Pejabat FAMA:
  • Bahagian Urusniaga Segar
  • Bahagian Komoditi Pelbagai
  • Bahagian Industri Asas Tani

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat dan Pejabat FAMA yang berhampiran atau muaturun borang di sini.
 
Hantar permohonan yang lengkap kepada:
Bahagian Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA yang berhampiran.

17 Oktober 2017 02:50 PM