PANDUAN PENGEKSPORTAN PRODUK PERTANIAN MAKANAN PROSES PANDUAN PENGEKSPORTAN PRODUK PERTANIAN MAKANAN PROSES

PENGENALAN

Terdapat pelbagai faktor sebelum aktiviti pengeksportan di lakukan oleh sesebuah syarikat. Faktor-faktornya adalah seperti berikut:

  1. Untuk mencapai ekonomi berskala dan memanfaatkan kapasiti berlebihan
  2. Untuk meningkatkan daya saing
  3. Untuk mempelbagaikan pasaran dan mengurangkan risiko
  4. Untuk menambah sumber pendapatan

PANDUAN PENGEKSPORTAN PRODUK PERTANIAN MAKANAN PROSES

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MENCEBURI PASARAN EKSPORT:

  1. PRODUK
  • Memenuhi keperluan pengguna negara pengimport (citarasa dan keuinikan produk)
  • Menentukan kod Harmonised System (HS) dengan merujuk kepada laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://customs.gov.my
  1. PEMBUNGKUSAN
  • Perlabelan mengikut Peraturan Makanan Malaysia 1985 dan peraturan dan keperluan negara pengimport
  • Pembungkusan yang menarik dan mengikut citarasa pengguna negara pengimport
  • Mempunyai bar code, tanda HALAL, tanda MESTI, tarikh luput, senarai kandungan dan maklumat lain yang berkaitan
  1. HARGA
  • Penyediaan harga kompetitif mengikut pasaran negara pengimport
  • Tawaran harga dalam Fee on Board (FOB) dab Cost, Insurance & Freight (CIF)
  • Harga perlu mengambil kira perkara berikut:
    a)  Hasil kajian daripada penyelidikan pemasaran
    b)  Kuantiti pesanan
    c)  Segmen pasaran
    d)  Pembezaan produk
  1. DOKUMENTASI
  • Syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Menepati peraturan dan keperluan dokumentasi dari harga negara pengimport
  • Mempunyai akaun semasa dengan mana-mana bank tempatan dan mempunyai SWIFT CODE
  • Dokumen-dokumen asas (Inbois, Packing List, Sijil Kesihatan, Sijil Tempasal dan lain-lain yang berkaitan)

Pages: 1  2  3  4