Panduan Mengeksport Produk Pertanian Segar Panduan Mengeksport Produk Pertanian Segar

 

PANDUAN MENGESKPORT PRODUK PERTANIAN SEGAR
 
  1. PENGENALAN

Berikut adalah langkah-langkah permulaan untuk menjadi pengeksport produk pertanian:

  1. Mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Mendapatkan Lesen Eksport Buah (Belimbing Besi & Betik Eksotika sahaja) dari FAMA
  3. Mendapatkan Lesen Eksport Buah (Nanas sahaja) dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  4. Berdaftar dengan Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) atau Federal of Malaysian Manufactures(FMM) untuk pengeluaran Sijil Tempasal (Certificate of Origin)
  5. Berdaftar dengan Dagang Net secara online di laman sesawang www.dagangnet.com
  6. Berdaftar dengan FAMA melalui sistem eSijil 3P di laman sesawang http://www.e3p.fama.gov.my
    • Mendapatkan Sijil Perakuan Pematuhan Peraturan 3P (GPL)/ Certificate of Conformity FAMA secara online
    • Permohonan untuk Sijil Perakuan Pematuhan Peraturan 3P adalah diperlukan untuk setiap pengeksortan dilakukan.
    • Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Ibu Pejabat FAMA, Cawangan Kawalan di talian 03-61262020 atau menghubungi Dangang Net Careline di talian 1 300 133 133
       
  7. Berhubung dengan pihak Malaysian Quarantine and Inspection Service (MAQIS) bagi mendapatkan permit eksport. Segala dokumen-dokumen seperti Lesen mengeksport buah-buahan dari FAMA, Sijil Perakuan Pematuhan Peraturan 3P (GPL) dari FAMA perlu di kemukakan kepada pihak MAQIS.
  1. PROSEDUR MENGEKSPORT

  1. DOKUMEN-DOKUMEN ASAS

A)Di sediakan oleh pihak Pengeksport

  1. Inbois
  2. Packing List
  3. Lesen Eksport dari FAMA (Belimbing Besi & Betik Eksotika sahaja)
  4. Lesen Eksport dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Nanas sahaja)
  5. Sijil Fitosanitasi dari Jabatan Pertanian
  6. Sijil Tempasal (Certificate of Origin) dari MICCI atau FMM
  7. Memohon Sijil Perakuan Pematuhan (Certificate of Conformity) dari pihak FAMA secara online (www.e3p.fama.gov.my)
  8. Sijil Kesihatan (produk proses dan buah di proses minima sahaja)
  9. Permit Eksport dari Malaysian Quarantine and Inspection Service (MAQIS)
B) Disediakan oleh pihak Agen Penghantaran
  1. Air Waybill/Bill of Lading
  2. Borang Kastam No 2

 

  
  1. SUHU, KELEMBAPAN RELATIF DAN ANGGARAN TEMPOH SIMPANAN

    • Buah-buahan Segar (Jadual 1)


       
    • Buah Diproses Minima (Jadual 2)

 

  1. SPESIFIKASI PEMBUNGKUSAN KESESUAIAN HANTARAN DAN MUATAN
  • Jadual 3

 

Pages: 1  2  

21 November 2017 11:14 AM