info korporat

CAWANGAN LATIHAN

  • Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui program latihan yang berkualiti.
  • Membangunkan keupayaan sumber manusia professional dan dinamik dalam pemasaran pertanian berdasarkan kepada keperluan organisasi.
  • Melaksanakan program latihan yang strategik berdasarkan kepada perancangan plan latihan tahunan.
  • Menerajui semua program latihan kakitangan.
  • Melaksanakan program latihan berdasarkan kepada keperluan sekurang-kurangnya 1 pegawai 1 kemahiran.
  • Membangun dan melaksanakan program-program latihan berasaskan kemahiran (NATC).
  • Memastikan setiap anggota kerja menjalani program latihan sekurang-kurangnya 7 hari (waktu bekerja) setahun.
     

CAWANGAN PENDIDIKAN PEMASARAN

  • Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan memiliki daya tahan yang tinggi berteraskan pengetahuan, kemahiran, teknologi dan inovasi.
  • Mengurangkan kadar kerosakan lepas tuai daripada 30% - 50% kepada 10% - 30% disepanjang rantaian bekalan menerusi amalan - amalan baik dalam pemasaran.
  • Memperluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar menerusi amalan penjagaan kualiti dan penentuan gred untuk pasaran.
     

INSTITUT LATIHAN FAMA KOTA BAHRU

  • Melahirkan pelatih yang berketerampilan dan berdaya saing dalam bidang pemasaran pertanian;
  • Membentuk pelatih yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia supaya menjadi modal insan yang berkualiti;
  • Menyediakan medium pembelajaran yang komprehensif meliputi aspek pembangunan kendiri pelatih, modul-modul pembelajaran yang lengkap dan berkualiti serta tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam bidang pemasaran pertanian.