OBJEKTIF

Khidmat Pemasaran Segar
Khidmat Pemasaran Segar memainkan peranan utama dalam jaringan pemasaran menerusi pengukuhan rantaian hasil segar bagi meningkatkan pendapatan kumpulan sasar. 

Khidmat Pemasaran Industri Asas Tani (IAT)
Objektif utama pelaksanaan program di bawah Khidmat Pemasaran Industri Asas Tani (IAT) adalah untuk meningkatkan jualan dan pendapatan usahawan yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan pemprosesan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 

Selaras dengan objektif tersebut, fokus utama program pemasaran FAMA di bawah Khidmat Pemasaran IAT adalah untuk meluas dan memperkasa pasaran produk IKS serta pembangunan produk yang mampu berdaya saing di pasaran domestik dan global.

Agroprenuer Muda 
Bahagian Agropreneur Muda memfokuskan untuk membantu golongan sasar yang berumur 18 sehingga 40 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian dan agromakanan melalui Program Agroprenuer Muda yang dilaksanakan di semua Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Objektif utama Bahagian Agropreneur Muda adalah untuk menarik golongan muda menceburi bidang pertanian, mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju, meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif dan menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakan Negara (2011-2020).

Selain itu, Bahagian Agropreneur Muda juga bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar melalui penubuhan Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS) institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Program MYAGROSIS dilaksanakan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) dengan kerjasama jabatan, agensi serta pihak IPT.