LATAR BELAKANG

Kopiesatu adalah merupakan jenama produk kopi tempatan milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang telah berada di pasaran sejak tahun 2001. Jenama ini diuruskan sepenuhnya oleh anak syarikat FAMA iaitu Mykopiesatu Sdn. Bhd. 1169677-K (MKSB).

Kopiesatu bertindak dalam memberi nafas dan inovasi baharu kepada industri kopi tempatan dari peringkat ladang sehingga pengguna. Kopiesatu juga menyediakan platform perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana terutamanya dalam bidang F&B berbentuk rangkaian perniagaan francais kopi yang setanding dengan rangkaian perniagaan kopi antarabangsa.