Program Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS)

LATAR BELAKANG
Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS) diwujudkan pada 17 Disember 2011 untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberikan pendedahan dan dorongan kepada mereka menceburi bidang keusahawanan pertanian dan agromakanan. Kelab MYAGROSIS ditubuhkan oleh pelajar IPT dan dibimbing oleh semua Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makannan (MAFI). Melalui usaha ini, diharapkan supaya pelajar yang menyertai Kelab MYAGROSIS dapat meneruskan transformasi pertanian dan agromakanan ke arah sektor yang lebih moden, dinamik serta berdaya saing pada masa akan datang.

TUJUAN

  • Memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian di kalangan pelajar IPT.
  • Memberi pendedahan asas kepada pelajar IPT dalam bidang pertanian yang boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya yang utama.
  • Memberi kesedaran kepada pelajar IPT tentang peranan dan perhatian Kerajaan terhadap kepentingan golongan belia dan pelajar sebagai pelapis serta pewaris bangsa dan negara dalam kemajuan industri agromakanan negara.
  • Membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani di kalangan pelajar.
  • Mendorong kelahiran usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing di kalangan graduan IPT.

PROJEK-PROJEK MYAGROSIS
Melalui Kelab MYAGROSIS di IPT, pelajar yang berminat akan menjadi ahli dan menerima Kad Keahlian MYAGROSIS yang akan dikeluarkan oleh pihak Agrobank. Projek-projek berasaskan kepada pertanian dan keusahawanan akan dipilih dan dijalankan di dalam kawasan IPT secara bersama dengan Jabatan dan Agensi di bawah MAFI sebagai pembimbing yang telah dipadankan bagi setiap IPT. Keuntungan projek yang dijalankan akan disalurkan ke dalam akaun Kelab sebagai modal pusingan pengurusan projek seterusnya. Projek-projek lain di bawah pelaksanaan Kelab MYAGROSIS adalah:

  • Agro Niaga
    Merangkumi bidang pertanian, peruncitan, pemprosesan, pemasaran dan industri asas tani.
     
  • Agro Ladang
    Merangkumi bidang penanaman, perikanan, penternakan, landskap dan florikultur.
     
  • Agro Inovasi
    Merangkumi bidang pertanian berasaskan kreatif tani, inovasi R&D, pelabelan, pembungkusan dan pembaharuan produk serta pemodenan mesin-mesin asas pertanian yang bersaiz kecil.