Program My Best Buy (MBB)

Penyertaan Usahawan di dalam Program My Best Buy (MBB)

Program MBB adalah salah satu inisiatif pihak Kementerian dengan kerjasama FAMA untuk membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui penjualan pelbagai produk pertanian dan bukan pertanian pada harga istimewa.

MBB juga menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna dan sekaligus meningkatkan pendapatan melalui luang pasaran baharu ini.

Melalui program My Best Buy, pengguna di kawasan Bandar ditawarkan produk dengan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan (High Quality with Affordable Price). Berikut merupakan ciri-ciri tawaran yang disediakan untuk pengguna di dalam Program My Best Buy:

  • Menyediakan kemudahan kepada penduduk bandar dengan barangan yang berkualiti dan harga yang berpatutan.
  • Tawaran lebih rendah antara 5% hingga 20% bagi produk agromakanan yang terpilih.
  • Produk segar, basah, runcit, Industri Kecil dan Sederhana serta produk lain ditawarkan terus dari pengeluar ke pengguna.
  • Program My Best Buy menyediakan jadual program yang tetap sama ada setiap minggu, 2 kali sebulan, 1 kali sebulan atau 1 kali setahun mengikut kesesuaian lokasi.
  • Masa jualan yang tetap antara 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Syarat Untuk Menyertai Program My Best Buy

  • Usahawan Pengeluar (diberi keutamaan)
  • Usia tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  • Mengusahakan projek pertanian atau projek berasaskan pertanian
  • Berkeupayaan mengendalikan urusniaga
  • Sanggup menerima teguran atau cadangan dari FAMA
  • Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi Program My Best Buy ditawarkan
  • Melengkapkan Borang Permohonan Program My Best Buy dan mengemukakan ke pejabat FAMA yang berhampiran
     

Maklumat lanjut berkenaan Program MBB dan lokasi jualan boleh didapati melalui laman web My Best Buy