Program Keusahawanan Agrobazaar Kedai Rakyat & Motosikal Roda Tiga Program Keusahawanan Agrobazaar Kedai Rakyat & Motosikal Roda Tiga

PROGRAM MOTOSIKAL TIGA RODA

Pengenalan
 

Pewujudan Program Motosikal Tiga Roda adalah merupakan sebahagian komponen Projek Pembangunan Agrobazaar Kedai Rakyat. Program ini terbentuk berikutan timbulnya keperluan untuk mengatasi masalah lebihan hasil-hasil pertanian di kawasan luar bandar melalui usahawan peraih Motorsikal Tiga Roda yang dilantik oleh FAMA.

Usahawan peraih Motorsikal Tiga Roda akan berperanan sebagai pengumpul membeli hasil-hasil pertanian di kampung-kampung dan memasarkannya melalui rangkaian Agrobazaar Kedai Rakayat, peserta Pasar Tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) atau secara jualan langsung terus kepada pengguna melalui Pasar Tani.

Program ini memberi tumpuan kepada usahawan peraih dan pengumpul hasil-hasil  di kawasan luar bandar dalam membantu mengatasi masalah kemiskinan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada usahawan Motorsikal Tiga Roda. Aktiviti utama yang dijalankan adalah mengumpul hasil-hasil pertanian di kampung-kampung menggunakan Motorsikal Tiga Roda yang dibekalkan oleh FAMA melalui pakej jual beli.

  

 
Objektif Program Motorsikal Tiga Roda:
  • Sebagai salah satu mekanisma mengatasi kemiskinan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan pendapatan
  • Memudahkan masyarakat kampung memasarkan hasil-hasil pertanian melalui usahawan peraih yang membeli secara terus dari petani.
  • Menggalakkan aktiviti pertanian yang diusahakan secara kecil- kecilan di kalangan orang-orang kampung
  • Mewujudkan pasaran dan usahawan baru di kawasan luar bandar dan pendalaman sebagai pengumpul hasil-hasil pertanian untuk dijual secara terus ke rangkaian Agrobazaar Kedai Rakyat, pesertaP asar Tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) atau jualan secara terus kepada pengguna.
  • Menyediakan saluran pemasaran alternatif kepada petani-petani kecil dan pengusaha produk pertanian terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman
Syarat-syarat Penyertaan
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan tidak melebihi 60 tahun
  • Telah menjalankan aktiviti perniagaan mengumpul hasil-hasil pertanian di kampung-kampung.
  • Mempunyai Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan nama pemilik didaftarkan dalam geran pemilikan hak milik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). * Kadar bayaran pendaftaran bagi penama  individu adalah sebanyak RM40.00 manakala kadar bayaran bagi pendaftaran syarikat adalah sebanyak RM60.00
  • Mesti mempunyai lesen memandu motorsikal kelas B2- Motorsikal tidak melebihi  250sp dan lesen C - Motorsikal Tiga Roda yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kadar bayaran sebanyak RM 30.00
  • Mempunyai Lesen GDL - Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang Malaysia dari Sekolah Memandu yang dilantik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Semua bayaran kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sekolah Memandu adalah ditanggung oleh peserta.
  • Keutamaan kepada usahawan Agrobazaar Kedai Rakyat, usahawan Gerai Buah- Buahan Segar, peserta Pasar Tani yang berperanan sebagai peraih dan peraih-peraih sedia ada di kawasan kampung.
  • Menandatangani perjanjian jual-beli Motorsikal Tida Roda dan memahami syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian.
  • Menandatangani AkuJanji Penjagaan dan Penyelenggaraan Motorsikal Tiga Roda.
  • Membuka akaun simpanan Malayan Banking Bhd. (MBB) bagi tujuan pembayaran ansuran bulanan.
  • Menandatangani borang kebenaran mendebit akaun untuk bayaran ansuran bulanan secara autodebit Malayan Banking Bhd. (MBB)
  • Wang pendahuluan diri sebanyak RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit Sahaja) hendaklah dibayar oleh usahawan semasa penyerahan Motorsikal Tiga Roda.
  • Pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan, usahawan mestilah membuat bayaran ansuran bulanan sebanyak RM100.00 melalui kaedah Arahan Tetap Bank (Standing Instruction) / Akaun Pemotongan Automatik (Autodebit) usahawan di mana bayaran ini adalah termasuk kos perkhidmatan perbankan.
  • Tempoh pembayaran balik adalah selama 32 bulan dari tarikh bayaran selepas ansuran pertama
  • Pembatalan "Hak milik dituntut" selepas tempoh 84 bulan dan bayaran telah dibuat sepenuhnya.
Cara-Cara Memohon
Penutup
 

Pelaksanaan program Usahawan Peraih Motorsikal Tiga Roda merupakan salah satu mekanisma untuk menangani masalah pemasaran lebihan hasil-hasil pertanian di kampung-kampung sekaligus mampu memberi pulangan pendapatan kepada petani-petani kecil di kawasan luar bandar.

Program ini diharap mampu meningkatkan pendapatan usahawan peraih yang terpilih di samping membantu memasarkan hasil keluaran Industri Kecil Sederhana (IKS) di kampung-kampung.

Program ini juga akan memberikan impak yang besar di kawasan luar bandar dan pendalaman. Para pengguna  pengusaha IKS dan usahawan Motorsikal Tiga Roda akan dapat menjana ekonomi setempat dengan berperanan sebagai pasaran alternatif yang menawarkan barangan hasil pertanian secara terus pada harga patut.

25 September 2017 12:46 PM