Motosikal Roda Tiga

PENGENALAN
Program Motosikal Tiga Roda (M3R) dibangunkan bertujuan mengatasi masalah lebihan hasil pertanian di kawasan luar bandar dan isu kenaikan harga barangan keperluan asas. Hasil-hasil pertanian yang dikumpul oleh usahawan peraih akan dijual kepada pengusaha Agro Bazaar Kedai Rakyat, Usahawan Pasar Tani, Usahawan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) dan outlet runcit yang lain.  Usahawan M3R berperanan mewujudkan jaringan pemasaran dari petani terus ke Agro Bazaar Kedai Rakyat, Gerai Buah-Buahan Segar, Pasar Tani dan outlet runcit yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran.
 

LATAR BELAKANG

  1. Diwujudkan pada tahun 2009 seiring dengan pelaksanaan Program Agro Bazaar Kedai Rakyat.
  2. Peserta awal terdiri daripada usahawan peraih sedia ada dengan hasil pengeluaran pertanian secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar dan pedalaman.
  3. Peserta Program Motosikal Tiga Roda (M3R) dibekalkan sebuah M3R secara pembelian dengan kaedah bayaran bulanan yang tidak membebankan
  4. Bermula 2016 kapasiti enjin M3R dinaik taraf dari 100cc kepada 125cc dan kapasiti muatan ditingkatkan dari BDM 250kg kepada 300kg manakala warna motosikal ditukar dari biru kepada merah
  5. Mulai 2018, penyertaan dan aktiviti M3R diperluaskan kepada usahawan penjaja khususnya di bawah kategori B40. Model baru ini merupakan program usahawan penjaja M3R sebagai agen pemasaran FAMA yang menjalankan aktiviti menjaja hasil-hasil pertanian dan agro makanan. M3R dilengkapi dengan kemudahan peragaan barangan dengan satu identiti imej yang seragam.

OBKEKTIF

  1. Meningkatkan keupayaan logistik pengumpulan hasil-hasil pertanian berskala kecil oleh petani luar bandar
  2. Mewujudkan luang pasaran tambahan bagi masyarakat luar bandar memasarkan hasil-hasil pertanian
  3. Mewujudkan usahawan pemasar yang menjalankan aktiviti meraih dan mengumpul hasil-hasil pertanian di kawasan luar bandar
  4. Meningkatkan pendapatan usahawan peraih dan penjaja khususnya kumpulan B40
  5. Melahirkan lebih ramai usahawan penjaja dan menaik taraf usahawan penjaja kecil sedia ada dengan peralatan yang lebih moden

MATLAMAT
Menyediakan kemudahan logistik untuk mengangkut hasil-hasil pertanian di kawasan yang sukar diakses dan berskala kecil serta mewujudkan lebih ramai usahawan penjaja di kawasan bandar dan luar bandar.

Pages: 1  2