makluman

** Halaman ini dalam proses pengemaskinian. Harap maklum.

LATAR BELAKANG

Bahagian Maklumat Pasaran bertanggungjawab dalam menyelaras dan menyedia maklumat harga komoditi-komoditi pertanian terpilih di seluruh Malaysia, merangkumi harga di peringkat ladang, borong dan runcit. Selain itu, Bahagian Maklumat Pasaran turut membuat pemantauan pengeluaran hasil-hasil pertanian khususnya pengeluaran buah buahan bermusim. Beberapa kajian bekalan dan pasaran juga dilakukan diperingkat lapangan bagi memastikan data yang diterima adalah data primer. Selain itu, penerimaan data-data sekunder yang diperoleh daripada agensi/sumber luar turut dijadikan sebagai bahan rujukan bagi tujuan penganalisaan sebelum diterjemahkan kepada bentuk laporan-laporan yang berkaitan.