Perutusan daripada Ketua Pengarah Perutusan daripada Ketua Pengarah
 

 

 

Laman web ini merupakan saluran penyebaran utama informasi terkini FAMA mengenai peranan dan perkhidmatannya kepada golongan sasar terutama petani, perantara pasaran, pengguna dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui aspek-aspek pemasaran hasil-hasil pertanian di Malaysia.

Sebagai agensi pemasaran, FAMA mengatur strategi iaitu meluaskan saiz pasaran dengan aktiviti-aktiviti seperti galakan pasaran di dalam dan luar negeri, aktiviti urusniaga Barangan Segar dan Barangan Proses, penglibatan petani dalam pemasaran seperti pasar tani dan memasar serta memproses produk-produk IKS petani dengan jenama Agromas. Dalam strategi memperbaiki sistem dan amalan pemasaran, aktiviti-aktiviti diatur, seperti penggredan dan penentuan kualiti, penubuhan infrastruktur pasaran, pengawalan pemasaran dan mengadakan aktiviti pengembangan pasaran. Dengan teknologi penyebaran terkini, strategi FAMA untuk mempertingkatkan maklumat pasaran akan lebih berkesan supaya maklumat bekalan, maklumat permintaan dan harga barangan pertanian dapat digunakan oleh mereka yang ingin membuat keputusan dalam pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian.

Oleh yang demikian, seiring dengan pentingnya maklumat ini, FAMA akan terus membangunkan teknologi informasi dan mengatur program-program pembangunan sumber manusia supaya lebih produktif dan peka kepada keperluan semasa ini.

Kerjasama dan cadangan-cadangan membangun daripada semua pihak adalah sentiasa dialu-alukan agar kami terus menepati kehendak pelanggan.

Selamat mengunjungi laman web ini.

Terima kasih.

Ketua Pengarah FAMA

Y. Bhg. Dato' Ahmad B. Ishak

09 Disember 2016 05:04 PM