Maklumat Pasaran Maklumat Pasaran

Pengenalan

Selain daripada membantu kerajaan membuat dasar dan perancangan strategik bagi sektor pertanian, maklumat pasaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Maklumat Pasaran FAMA juga boleh digunakan oleh para petani dan pengusaha pertanian untuk memahami pasaran mereka, khususnya potensi pasaran di dalam dan luar negara bagi produk-produk yang dikeluarkan.

Maklumat pasaran amat berguna untuk mengenalpasti perubahan harga di peringkat ladang, borong dan runcit. Maklumat pasaran juga dapat membantu pengeluar dan pemasar dalam merancang aktiviti mereka dengan lebih berkesan.

Pengutipan dan penganalisisan data dirancang dan dilaksanakan dengan teliti menggunakan kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan maklumat yang setepatnya.

Maklumat yang dikeluarkan dalam bentuk data dan juga laporan ini disebar melalui beberapa saluran, iaitu:

  • SDVI (Supply Demand Virtual Information)
  • Perpustakaan Ibu Pejabat FAMA
  • Laman sosial Facebook Maklumat Pasaran


Penerbitan-penerbitan yang dikeluarkan :

  • Tinjauan Pasaran Keluaran Hasil Pertanian & Produk Industri Asas Tani
  • Laporan Senario Semasa Bekalan Permintaan dan Harga Pasaran Mingguan Hasil Pertanian di Malaysia
  • Statistik Utama Pemasaran FAMA 
  • Kalendar Buah-Buahan Bermusim di Malaysia


Laporan-laporan ini boleh didapati oleh pihak umum secara percuma daripada Bahagian Maklumat  Pasaran FAMA Ibu Pejabat dan di FAMA Negeri. Maklumat juga boleh diperoleh dengan: 

 

21 Mei 2018 04:27 PM