Maklumat Korporat FAMA


27. AGROBAZAAR ONLINE
Agrobazaar.com.my merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh FAMA. Ianya telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 11 Disember 2014 di Putrajaya. Ciri-ciri:
  • Responsif mengikut gajet yang digunakan (komputer, tablet, telefon pintar).
  • Quick Response Code (QR Code) memudahkan pengguna melayari portal dan membuat pembelian melalui imbasan telefon pintar.
  • Lokaliti yang memaparkan imej peta kedai penjual atau lokasi ambilan.
  • Penarafan pekedai oleh pembeli.
  • Pembayaran melalui gerbang pembayaran atas talian.
  • Maklumat pemasaran terkini seperti bekalan,      permintaan, peluang pasaran, harga, terma-terma perniagaan dan persijilan.
  • Latihan dan bimbingan usahawan mengenai kaedah perniagaan atas  talian.

28. GALAKAN PASARAN DALAM NEGARA
Aktiviti galakan pasaran dalam negara dilaksanakan berpandukan kepada empat komponen iaitu galakan pasaran bagi hasil-hasil keluaran ladang kontrak, galakan pasaran bagi produk berpotensi, galakan pasaran khas bagi setiap negeri dan pelaksanaan kempen/aktiviti bagi lebihkan makan buah-buahan tempatan, ulam-ulaman dan sayur-sayuran peringkat sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. Selain dari itu, FAMA juga menyertai pameran-pameran perdagangan besar yang dianjurkan oleh penganjur-penganjur swasta seperti MIHAS, SMART KIDS dan MICCOS.FLORIA Putrajaya yang diadakan pada setiap tahun.  Perlaksanaan program ini didapati telah memberi impak kepada kumpulan sasar seperti adanya kesedaran mengenai kepentingan kesihatan dari pengambilan sayur -sayuran / buah-buahan tempatan dan produk – produk proses keluaran tempatan.

29. GALAKAN PASARAN LUAR NEGARA
Aktiviti-aktiviti Galakan Pasaran Luar Negara diatur melalui strategi memperkukuhkan pasaran sedia ada dan penerokaan pasaran baru selaras dengan hasrat penubuhan Majlis Eksport Pertanian dan Makanan atau Food and Agro Council for Export (FACE). Aktiviti-aktiviti promosi melalui pameran perdagangan, promosi pengguna , promosi in-store,promosi bersama pejabat Kedutaan/Kaunselor Pertanian/Kementerian/Agensi atau melalui media cetak/sosial/elektronik.

30. MAKLUMAT PASARAN
Bermatlamat untuk menyalurkan data dan maklumat pasaran yang berkualiti kepada kerajaan dan golongan sasar dalam membuat perancangan yang strategik dan keputusan yang tepat bagi meningkatkan ekonomi negara terutama dalam sektor agromakanan. Maklumat yang disediakan adalah meliputi RUJUKAN HARGA SECARA ATAS TALIAN melalui aplikasi mobile – myhargatani dan paparan harga di laman sesawang rasmi FAMA. Penyediaan laporan mingguan iaitu Laporan Senario Semasa Bekalan, Permintaan dan Harga Pasaran Bagi Komoditi Terpilih di Peringkat Ladang, Borong dan Runcit di Malaysia. Rujukan bercetak menerusi Penerbitan Buku Warta Barangan; Buku Statistik Utama Pemasaran FAMA; Buletin Tinjauan Pasaran Keluaran Hasil Pertanian & Produk Industri Asas Tani dan Kalender Buah-buahan Bermusim serta maklumat hasil penyelidikan sektor agromakanan.

31. REGULATORI DAN KUALITI STANDARD
Tujuan FAMA melaksanakan aktiviti berkaitan regulatori adalah untuk mengawalselia aktiviti pemasaran produk pertanian di bawah bidang kuasa FAMA melalui pembangunan dan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Pemasaran Hasil Pertanian seperti Peraturan Penggredan, Pembungkusan Dan Pelabelan (GPL) yang mana penguatkuasaannya mulai Julai 2013; dan juga pembangunan standard komoditi pertanian berdasarkan Malaysia Standard serta pensijilan Malaysia's Best.

32. PROGRAM NBOS
Program   National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan satu strategi baru bagi menambah baik perkhidmatan awam Negara. Strategi NBOS diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Hj Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009. NBOS diperkenalkan bagi memperkasa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan sumber agar program yang dijalankan dapat mencapai :
  • Impak yang tinggi.
  • Kos yang rendah.
  • Perlaksanaan yang pantas.
  • Projek yang mampan (sustain).
 
Terdapat 9 Inisiatif NBOS yang melibatkan pihak FAMA secara langsung dan tidak langsung iaitu:
  • NBOS 2 CRP – Community Rehabilitation Programme (CRP) merupakan program latihan hands on kepada Orang Yang Diselia (ODS) dalam bidang pertanian di lokasi-lokasi terpilih.
  • NBOS 3 Idle Land –  Pelaksanaan NBOS 3 melibatkan pemulihan tanah-tanah terbiar (Idle Land) milik pihak MINDEF, AADK, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain kementerian dengan mengusahakan projek pertanian.
  • NBOS 4 RTC – Rural Transformation Centre (RTC) merupakan pusat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi-agensi kerajaan serta perbankan.

 

Pages: 1  2  3