Maklumat Korporat FAMA


16. LADANG KONTRAK
Program ini telah bermula sejak tahun 2006 dan bertujuan untuk mempertingkatkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti mengikut kehendak pasaran melalui pemindahan teknologi dan amalan pertanian yang baik (GAP) dengan ikatan persetujuan di antara pengeluar dan FAMA.

17. PROGRAM PENGUKUHAN BEKALAN DARI LADANG KE PASARAN (KUKUH)
Projek yang telah dimulai sejak tahun 2012 bertujuan untuk mengukuhkan bekalan terus ke pasaran khususnya pasar tani bagi memberi pulangan yang munasabah kepada petani dan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.

18. INDUSTRI ASAS TANI (IAT)
Fokus utama program pembangunan Industri Asas Tani (IAT) adalah untuk meluas dan memperkasa pasaran produk IKS serta membangunkan produk yang mampu berdaya saing di pasaran domestik dan global. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah:
  • Meningkatkan keupayaan pengeluaran dan menambahbaik kualiti produk oleh usahawan mengikut standard dan amalan pengeluaran yang baik.
  • Mengukuhkan penjenamaan.
  • Membangunkan rangkaian pusat jualan.
  • Menyediakan akses pasaran melalui program karnival dan promosi.

19. K - SHOPPE
Agrobazaar K-Shoppe merupakan outlet milik usahawan tani yang mengusahakan perniagaan secara pemborongan atau pun peruncitan bagi produk-produk proses keluaran usahawan asas tani. Outlet ini berkonsep "showcase" dimana produk IKS dipamer dan dijual secara terus kepada pengguna.

20. AGROMAS
Jenama Agromas merupakan jenama nasional bagi produk-produk hasil pertanian keluaran usahawan di bawah bimbingan FAMA dan juga Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF). Produk-produk di bawah jenama ini merupakan keluaran pertanian yang bermutu, berkualiti, bersih, Halal dan memenuhi citrasa serta kehendak pengguna tempatan.

21. KHIDMAT PEMASARAN SEGAR
  • Peranan Bahagian Khidmat Pemasaran Segar adalah membantu memasarkan hasil keluaran produk segar di dalam dan luar negara melalui FAMA dan Usahawan Pemasar.
  • Membangunkan rantaian pemasaran industri buah-buahan dan sayuran.
  • Memastikan bekalan makanan mencukupi di dalam negara melalui pengukuhan bekalan ladang kontrak dan import.
  • Mempastikan petani mendapat pulangan yang munasabah & pengguna dapat harga berpatutan.

22. AGROBAZAAR MALAYSIA SINGAPORE (ABMS)
ABMS telah dirasmikan pada 27 Ogos 2014 oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib  Bin Tun Abdul Razak. ABMS merupakan sebuah "Specialty Store" berkonsepkan fru-ce-rant yang mengetengahkan buah-buahan tropika Malaysia, produk-produk IKS keluaran Malaysia serta pelbagai menu makanan yang bercitarasakan Malaysia.

Lokasi ABMS yang terletak di Jalan Sultan Gate, Singapura telah menjadikan outlet ini sebuah pusat promosi, jualan dan pengedaran produk agromakanan Malaysia di pasaran antarabangsa.

23. AGROBAZAAR MALAYSIA KLIA 2 (ABMKLIA 2)
ABKLIA2 merupakan outlet yang berkonsepkan "Malaysia Cultural Experieces Store" yang telah diwujudkan di Lapangan Terbang KLIA 2. Outlet ini mengetengahkan elemen budaya Malaysia seperti produk agromakanan yang unik, premium dan menarik serta menyediakan layanan hospitaliti kepada pelancong dari luar Negara melalui pelbagai program/aktiviti yang dapat memberikan satu pengalaman yang baru dan menyeronokkan.

 

24. PENDIDIKAN PASARAN DAN KHIDMAT RUNDINGAN
Bahagian ini berperanan membina keupayaan kumpulan sasar melalui latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan perundingan dalam ilmu pemasaran agromakanan. Ianya juga berfungsi:

  • Memindahkan maklumat, teknologi dan kemahiran pemasaran kepada kumpulan sasar melalui program – program pendidikan dan khidmat nasihat.
  • Meningkatkanamalan pemasaran baik dikalangan kumpulan sasar ke arah jaminan bekalan makanan dengan nilai tambah dan memenuhi kehendak pasaran.
 
25. KOPIESATU
Kopiesatu menjadi peneraju bagi usahawan kecil dan sederhana 
didalam industri berkaitan kopi dan memenuhi permintaan dalam usaha memajukan industri kopi serta membantu mempromosikan industri agro tani selain daripada memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kopi jenama Malaysia yang berkualiti tinggi. Projek Kopiesatu ini bertujuan: 
  • Memberi penjenamaan baharu kepada industri kopi tempatan.
  • Menjual satu jenama yang sinonim dengan masyarakat oleh itu, ia perlu mudah diperoleh di semua peringkat dengan harga berpatutan.
  • Menyediakan platform perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana.
  • Mewujudkan peluang urusniaga kepada bumiputera melalui kepelbagaian rangkaian pemasaran.
  • Memainkan peranan penting dalam membantu mencapai kejayaan bagi rancangan Malaysia ke-10.

26. MYKOPIE
MyKopie berperanan membangunkan usahawan MyAgrosis di rangkaian IPT seluruh Malaysia dan usahawan muda di Pasaran Terbuka Malaysia. Terdapat 2 pakej perniagaan yang ditawarkan oleh MyKopie iaitu Kiosk Lipat dan Kiosk Mudah Alih.

Pages: 1  2  3