LATAR BELAKANG

Unit Integriti (UI) ertinya sebuah unit yang ditubuhkan di setiap kementerian, jabatan dan agensi awam, sama ada pada peringkat Persekutuan atau Negeri yang bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku serta tindakan punitif secara lebih fokus, terancang, efisien dan optimum. UI bertanggungjawab terus kepada Ketua Jabatan.

Keputusan Kerajaan untuk mewujudkan UI di semua agensi awam dikuatkuasakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 mulai 1 Ogos 2013. UI berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam dengan melaksanakan enam fungsi teras.