LATAR BELAKANG

Bahagian Maklumat Pasaran bertanggungjawab dalam menyelaras dan menyedia maklumat harga komoditi-komoditi pertanian terpilih di seluruh Malaysia, merangkumi harga di peringkat ladang, borong dan runcit. Disamping itu, terdapat juga data primer yang dikutip secara terus melalui penyelidikan sektor agromakanan, dan data sekunder yang diperoleh daripada agensi/sumber luar untuk dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk laporan-laporan yang berkaitan.