Maklumat Pasaran Maklumat Pasaran

BULETIN TINJAUAN PASARAN KELUARAN HASIL PERTANIAN & PRODUK INDUSTRI ASAS TANI

Pengenalan

Buletin Pasaran Keluaran Hasil Pertanian & Produk Industri Asas Tani dikeluarkan dua kali dalam setahun untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai prospek pasaran dan industri serta penemuan baharu dalam sektor pertanian. Komoditi yang diliputi ialah sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan tanaman industri serta isu semasa industri pertanian dan asas tani.
 
Liputan Artikel

  • Tinjauan dan Situasi Domestik secara umum
  • Tinjauan dan Situasi Antarabangsa secara umum
  • Polisi/peraturan-peraturan perdagangan secara umum
  • Insentif dalam sistem perbankan yang berkaitan dengan sektor pertanian secara umum

Kekerapan Penerbitan

Dua kali setahun

Kumpulan Sasaran

  • Warga FAMA
  • Agensi Kerajaan, Swasta dan Perseorangan
  • Semua yang terlibat dalam sektor Pertanian dan Industri Asas Tani secara langsung atau tidak langsung

Cara Mendapat Laporan

Permohonan boleh dibuat kepada Pusat Sumber, Ibu Pejabat FAMA. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan menerusi emel kepada maklumatpasaran@fama.gov.my atau melalui talian telefon Ibu Pejabat FAMA 03-6126 2020 :

 

 

09 Disember 2016 05:04 PM