Maklumat Pasaran Maklumat Pasaran

LAPORAN ANALISIS HARGA MINGGUAN PERINGKAT RUNCIT

Pengenalan

Laporan ini telah dimulakan pada bulan Mei 2006 bagi menunjukkan perubahan harga purata mingguan peringkat runcit bagi beberapa jenis sayur-sayuran berbanding harga purata minggu sebelumnya.

Laporan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pengguna tentang sayur-sayuran yang mengalami kenaikan dan penurunan harga mengikut negeri dan sebab-sebab perubahan tersebut berlaku.

Laporan ini menyenaraikan sayur-sayuran yang mengalami peratusan kenaikan dan penurunan harga tertinggi di peringkat negeri. 

Kandungan

  • Kenaikan, penurunan bagi sayur-sayuran terpilih mengikut negeri
  • Perbandingan harga purata mingguan dengan minggu sebelumnya.

Kekerapan Penerbitan

Sekali setiap dua minggu


Kegunaan

  • Memberi maklumat jenis komoditi yang mengalami kenaikan dan penurunan mengikut negeri dan peratusan perubahan.
  • Memberi petunjuk peratusan perubahan di peringkat runcit

Kumpulan Sasaran

  • Agensi Kerajaan
  • Pengusaha sektor pertanian dan industri asas tani

Cara Mendapat Laporan

Laporan ini boleh didapati dengan menghubungi Bahagian Khidmat Maklumat Pasaran atau secara on-line di https://sdvi.fama.gov.my

09 Disember 2016 05:04 PM