Kontrak Pemasaran Kontrak Pemasaran

LADANG KONTRAK

Pengenalan
 

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.

Program Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. melibatkan Jabatan/Agensi seperti:

  1. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
  2. Jabatan Pertanian
  3. Lembaga Pertubuhan Peladang
  4. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  5. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
  6. Agrobank
  7. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah
  8. Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak
Objektif Ladang Kontrak
 
Objektif utama yang telah ditetapkan bagi Program Ladang Kontrak adalah;-
  1. Menjamin kewujudan pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar;
  2. Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik;
  3. Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP);
  4. Mempercepatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan;

Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA/Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman di mana petani mengeluarkan hasil tanaman mengikut jenis, varieti, kualiti, gred, pembungkusan dan jadual pengeluaran yang ditetapkan.

Bagi pengeluaran buah-buahan, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluaran individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluaran individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

 
Faedah Ladang Kontrak
 
Antara faedah yang diperolehi dengan menyertai ladang kontrak ialah:-
  1. Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
  2. Menjana dan menambah pendapatan
  3. Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada agensi dan jabatan
  4. Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan
  5. Menikmati peluang menjalani kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian
Kaedah Perlaksanaan
 
Kaedah pemasaran bagi program ladang kontrak dilaksanakan melalui 2 cara. Iaitu :-
  1. Pengaturan Pasaran
    1. Pengeluar dengan Pengilang/Pemproses
    2. Pengeluar dengan Institusi (hyper/supermarket )
    3. Pengeluar dengan Pengumpul / Peraih / Pemborong
  1. Belian Terus Oleh Fama
    1. Kontrak Belian Mengikut Peratus
    2. Kontrak Pajakan Bermusim
Belian Terus Oleh Fama
  1. Belian Mengikut Peratus
    • Penghasilan 50 % dijual kepada FAMA dan baki 50% dijual oleh pengusaha sendiri
      (Maksud 50% adalah penjualan mengikut hari secara bergilir bagi penghasilan semua gred yang diikat kontrak)
    • Menandatangani perjanjian kontrak ladang
  1. Belian Kontrak Pajakan Bermusim
    • Pendahuluan boleh di beri tidak melebihi 20% daripada hasil pengeluaran
    • Pendahuluan di kira sebagai hutang dan akan di tolak dari hasil yang di jual kepada FAMA
    • Menandatangani perjanjian kontrak ladang
Pemasaran Hasil Ladang Kontrak
 
Semua hasil pengeluaran Ladang Kontrak akan dipasarkan melalui saluran-saluran berikut :-
  1. Pasar Borong/ TEMAN/ Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
  2. Rangkaian Hypermarket dan Supermarket
  3. Peruncitan – Pasar Tani, Pasar Malam dan rangkaian pasar mini/kedai
  4. Pembeli institusi seperti MAS, IPTA dan Maktab Perguruan
  5. Usahawan Industri Asas Tani
  6. Eksport

 

Pages: 1  2  

19 September 2014 11:57 AM