Kopie Satu

Objektif Projek
  • Menjadi peneraju bagi usahawan kecil dan sederhana di dalam industri berkaitan kopi.
  • Memenuhi pemintaan di dalam usaha memajukan industri kopi dan juga membantu mempromosikan industri asas tani.
  • Untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kopi jenama Malaysia yang berkualiti tinggi.


Jangkaan Penerimaan Daripada Orang Ramai
Projek ini bertujuan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan seperti:
  • Memberi penjenamaan baru kepada industri kopi tempatan.
  • Menjual satu jenama yang sinonim dengan masyarakat, oleh itu ia perlu mudah diperolehi oleh semua peringkat dengan harga yang berpatutan.
  • Menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai.
  • Menyediakan platform perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana.
  • Mewujudkan peluang urusniaga kepada bumiputera melalui kepelbagaian rangkaian pemasaran.


Model Operasi

Terdapat 2 cadangan pilihan model konsep jualan yang bersesuaian untuk perniagaan ini iaitu:

  1. Konsep kiosk/lot kedai
    • Di mana model ini sesuai untuk jualan di kompleks membeli belah, hypermarket dan juga kawasan tumpuan perniagaan (pejabat) dengan konsep bungkus dan bawa pulang (take away) supaya dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi dari biasa kerana lokasi yang padat dan sesak dengan orang ramai. Kawasan tumpuan orang ramai dapat menjamin jualan yang tinggi dengan kecekapan pemasaran serta produk yang baik dan berkualiti.
       
  2. Konsep mobile (Movan / Wagon)
    • Kopiesatu juga menawarkan konsep perniagaan secara mobile iaitu konsep 'foodtruck'. Konsep ini adalah contoh konsep untuk pilihan usahawan berniaga secara fleksibel sama ada berniaga di pasar tani FAMA, kawasan selenggara PBT atau menyertai mana mana karnival dan ekspo yang sesuai.