Urusniaga Urusniaga

KONTRAK PENGILANGAN

Pengenalan
 
Kontrak pengilangan adalah satu perkhidmatan FAMA kepada usahawan dalam pengeluaran produk makanan di premis FAMA berdasarkan spesifikasi dan persetujuan bersama.
 
Tujuan
  • Membantu usahawan yang tiada kilang untuk mengeluarkan prooduk makanan dibawah jenama usahawan.
  • Menjamin produk yang dikeluarkan untuk usahawan adalah berkualiti, mematuhi perundangan makanan dan memenuhi kehendak pasaran.
  • Usahawan dapat mengeluarkan produk tanpa pelaburan, khususnya bagi pembelian mesin dan peralatan.
  • Meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan.
 
Skop Perkhidmatan
  • Memproses produk separa siap.
  • Bahan mentah dibekalkan oleh usahawan.
  • Bahan mentah disediakan oleh FAMA.
  • Mengilang Produk Siap.
  • Produk FAMA pembungkusan dan label disediakan oleh usahawan.
  • Produk usahawan, pembungkusan dan pelabelan disediakan oleh usahawan.
  • Membungkus produk siap.
  • Produk, pembungkusan dan label disediakan oleh usahawan.
Bil
Nama Dan Alamat
Kategori Produk
No Tel/Fax
1
 PMMF Rengit, Km 36. Sg Kluang,
 83100 Rengit, Batu Pahat Johor.
  Nama Pengurus : En. Mohd. Aris Musa
 Seri Kaya, Jem dan Kordial
 Tel : 07 - 4241240
 Fax : 07 - 4241230
2
 PMMF Kuala Selangor, Km 8, Sg Terap,
 45500 Tanjung Karang, Selangor.
 Nama Pengurus : En. Wan Hashim Wan Ismail
 Produk berasaskan tepung dan rempah.
 Tel : 03 - 32698496
 Fax : 03 - 32698595
3
 PMMF Bachok, Batu 18, Kg Tangok,
 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan.
 Nama Pengurus : En. Faizal Husin
 Serunding, rendang dan makanan ringan  bergoreng.
 Tel : 09 - 7788285
 Fax : 09 - 7788195
4
 Kilang Kopi Banting, Jalan Pulai,
 Kanchong Darat, 42700 Banting,
 Selangor.
 Nama Pengurus : En. Abd. Moeen Abd. Wahid
 Serbuk Kopi Campuran.
 Tel : 03 - 31877166
 Fax : 03 - 31873914
 
Syarat-syarat untuk mendapatkan perkhidmatan
  • Menandatangani perjanjian.
  • Berdaftar dengan FAMA.
  • Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  • Bayaran permulaan sebanyak 50% daripada kos sebenar perlu dijelaskan 14 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.
  • Bayaran sepenuhnya perlu dijelaskan semasa produk diambil.
 
Cara-cara memohon
 

Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani , Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Muaturun borang disini

19 Julai 2018 02:28 PM