Malaysia's Best Malaysia's Best

KELEBIHAN LOGO

Apakah itu "Malaysia's Best"?
 

Perkataan "Malaysia's Best" sahaja sudah melambangkan jaminan kualiti buah-buahan keluaran Malaysia. Setiap petani di bawah pengawasan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya untuk menghasilkan buah-buahan yang berkualiti.

Setiap hasil kajian dan amalan baru dalam penanaman yang lebih efisien sering diperkenalkan kepada para petani supaya dapat digunakan untuk tanaman sedia ada atau yang baru. Hanya hasil daripada lading yang telah diakreditasi menerusi Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) dibenar menggunakan logo "Malaysia's Best".

Malahan setiap buah yang dipetik akan melalui proses penilaian yang ketat dan rapi sebelum mendapat kelulusan "Malaysia's Best".

 
Piawaian "Malaysia's Best"?
 

Tanda yang bertulis "Approved by the Ministry of Agriculture" yang terdapat pada bahagian bawah logo "Malaysia's Best" memaparkan profesionalisme dan wawasan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebagai badan pengawal yang memastikan buah-buahan berkualiti tinggi.

Setiap buah yang bertanda "Malaysia's Best" perlu mematuhi spesifikasi piawaian atau gred tertentu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

 
"Malaysia's Best" setaraf 'Piawaian Emas'.
 

Warna emas yang terdapat pada logo menguatkan lagi jaminan kualiti bagi buah-buahan yang dihasilkan dan meningkatkan imej premiumnya.

 
Kelebihan "Malaysia's Best"?
 

Logo "Malaysia's Best" juga memberi kelebihan kepada para peniaga. Dengan adanya logo ini mereka tahu bahawa buah-buahan tersebut telah melalui proses piawaian yang dikawal oleh sebuah institusi Kerajaan sebelum dipasarkan. Malah, buah-buahan yang mempunyai logo ini juga mudah diterima oleh pengguna sebagai buah-buahan bermutu tinggi.

Untuk jangka panjang, kita akan mendapati lebih ramai rakyat Malaysia yang akan membeli buah-buahan tempatan kerana faham akan keistimewaan logo ini serta yakin dengannya dan peniaga boleh meletak harga terbaik bagi meningkatkan keuntungan.

18 Ogos 2017 05:38 PM