Malaysia's Best Malaysia's Best

KELAYAKAN MENGGUNAKAN LOGO

Hanya buah-buahan hasil keluaran ladang yang diakreditasikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia melalui Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) dan juga telah melalui proses pengesahan gred, pembungkusan dan perlabelan oleh FAMA akan layak untuk menggunakan logo “Malaysia’s Best”.

Pemohonan untuk menggunakan logo “Malaysia’s Best” ini hendaklan dikemukakan kepada FAMA menggunakan borang permohonan yang telah disediakan. Satu sijil kebenaran penggunaan logo “Malaysia’s Best” akan dikeluarkan kepada pemohon yang layak dan sijil ini hendaklah sentiasa dipamerkan di premis pemohon.

 
Proses pemohonan
 

Setiap pemohon yang diberikan kelulusan menggunakan logo ini hendaklah menandatangani satu perjanjian dengan FAMA bagi memastikan syarat-syarat penggunaan logo ini sentiasa dipatuhi.

Manual Peraturan-Peraturan Kebenaran dan Penggunaan Logo “Malaysia’s Best” akan dibekalkan kepada pengguna logo sebagai panduan. Manual ini antara lain akan menerangkan kaedah penggredan, pembungkusan dan pelabelan produk.

25 September 2017 12:46 PM