Pasar Tani Kekal adalah satu projek pembangunan bagi menonjolkan kepesatan perubahan dan kemajuan Pasar Tani Runcit. Peserta Pasar Tani Kekal akan ditempatkan di bawah satu bumbung dan mereka akan menjalankan perniagaan setiap hari. Situasi ini akan meningkatkan volume urusniaga dan secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari. Pasar Tani Kekal akan mengekalkan positioning Pasar Tani Runcit iaitu memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Pasar Tani Runcit telah muncul sebagai alternatif kepada pengguna, tetapi memandangkan operasinya satu atau dua kali seminggu, ianya tidak dapat memenuhi keperluan pemasar dan pengguna. Sebab itu Pasar Tani Kekal perlu diwujudkan terutama di kawasan bandar dan di pekan-pekan besar yang mempunyai bilangan penduduk yang adak ramai. Projek Pasar Tani Kekal mampu mengangkat martabat peserta usahawan tani di seluruh negara ke arah menyediakan premis/luang pemasaran yang lebih kemas, menarik dan teratur. |