Bahasa Malaysia |  

For disability access, select any text and click the button below

PROGRAM PEMBANGUNAN AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT

Pengenalan
 
Pewujudan Agrobazaar Kedai Rakyat merupakan cadangan Y.A.B Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berikutan timbulnya isu kenaikan harga barangan asas akibat kenaikan harga minyak yang membebankan kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Mesyuarat Menteri –Menteri Besar Bil. 105, Pada 20 Julai 2008, telah memutuskan supaya ICU-JPM diberi peranan sebagai penyelaras projek Agrobazaar Kedai Rakyat ini, manakala FAMA sebagai agensi pelaksana.
 
Definisi
 
Agrobazaar Kedai Rakyat adalah premis perniagaan milik usahawan yang menjalankan perniagaan mengumpul dan menjual hasil-hasil pertanian masyarakat kampung disamping menjual barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan menampilkan imej yang menarik, tersusun, kemas dan seragam diseluruh negara.
 
Konsep Agrobazaar Kedai Rakyat
 
Konsep Agrobazaar Kedai Rakyat adalah seperti berikut:
 
  • Perniagaan Kedai Rakyat adalah milik usahawan;
  • Mempunyai imej sendiri;
  • Membeli keluaran hasil-hasil pertanian daripada masyarakat kampung yang mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan; dan
  • FAMA sebagai pembekal barangan keperluan asas ( Beras 15 % hancur, gula, tepung & minyak masak )
  • Menjual barangan keperluan asas dengan harga yang ditentukan oleh FAMA
Objektif Program Agrobazaar Kedai Rakyat
 
  • Sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh orang-orang kampung di samping menjual barangan keperluan asas dengan harga yang telah ditetapkan.
  • Salah satu mekanisma mengatasi kemiskinan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan pendapatan;
  • Menawarkan barang keperluan asas dan produk-produk pertanian pada harga patut dan sebagai mekanisma mengawal inflasi di samping memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan.
  • Menggalakkan aktiviti urusniaga produk hasil-hasil pertanian yang diusahakan (Konsep pasaran-pengeluaran-pemasaran) masyarakat setempat selaras dengan kempen kerajaan "Pertanian adalah Perniagaan"
  • Menyediakan outlet pemasaran alternatif kepada masyarakat setempat yang bersifat kekal dan mudah ditemui.
Insentif Yang Ditawarkan
 
  • Pinjaman pelbagai peralatan yang telah ditentukan dan berkaitan dengan produk
  • Mengecat semula premis bahagian luar dan dalam ruang perniagaan.
  • Papan tanda perniagaan yang seragam
  • Kursus keusahawanan
  • Pembekalan bahan-bahan promosi (bunting,banner,flaglina,beg plastik dan lain-lain)
Syarat-Syarat Penyertaan
 
Usahawan yang berminat untuk menyertai program Agrobazaar Kedai Rakyat perlu memenuhi syarat-syarat penyertaan seperti berikut :
 
  • Usahawan mestilah warganegara Malaysia yang telah menjalankan perniagaan serta berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa permohonan.
  • Telah menjalankan perniagaan mengumpul, membeli, menjual barang-barang keperluan asas serta barangan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman jangka pendek dan ternakan aqua atau hasil-hasil ternakan di samping menjual barangan keperluan asas.
  • Memiliki modal yang mencukupi dan mempunyai rekod perniagaan yang baik
  • Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersedia mematuhi peraturan yang ditentukan oleh FAMA
  • Wajib mengikuti kursus pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh FAMA
  • Usahawan mestilah bersedia menerima bekalan 5 jenis barangan keperluan yang dibekalkan oleh FAMA (beras, gila, tepung gandum, minyak masak dan kelapa) dan menjualnya pada harga yang telah ditetapkan
  • Komoditi jualan mestilah sekurang-kurangnya 30% barangan segar dan 70% barangan runcit yang terdiri daripada 15 jenis barangan utama seperti berikut: 
Barangan segarBarangan Proses
Sayur-sayuranBeras
Buah-buahanGula
Tanaman jangka pendekTepung gandum
Ulam-ulamanMinyak masak
KelapaBihun
Ayam/DagingRempah ratus
Ternakan aquaSardin
Lain-lain hasil tanaman 

 

Usahawan yang berminat dan memenuhi syarat-syarat penyertaan boleh memohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh di dapati dari Cawangan Peruncitan, Bahagian Pembangunan Usahawan Ibupejabat FAMA atau di pejabat-pejabat FAMA yang berhampiran.

Pemohon juga boleh memuaturun borang permohonan Agrobazaar Kedai Rakyat di sini

Klik disini untuk Senarai Usahawan Agrobazaar Kedai Rakyat di Malaysia