Program Peruncitan Karavan Tani Program Peruncitan Karavan Tani

KARAVAN TANI

Pengenalan
Karavan Tani merupakan lanjutan dari Projek Karavan Pasar Tani yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Pasar Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008
 
Objektif Karavan Tani
Di antara objektif-objektif utama Karavan  Tani termasuklah:-

  • Saluran alternatif menyokong matlamat MOA " Jihad Memerangi Orang Tengah"
  • Meluaskan pasaran hasil pertanian
  • Meningkatkan pendapatan petani
  • Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru.
  • Menggalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum bumiputera
  • Menggalakkan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan.
Konsep
Konsep Karavan Tani adalah:-
  • Memasarkan hasil pertanian secara bergerak kepada pengguna.
  • Persembahan produk-produk yang lebih baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetitif.
  • Van peserta akan ditukar imej luarannya dan akan dibenarkan berniaga di tapak-tapak pasar tani sedia ada (perlu mendapat kelulusan FAMA terlebih dahulu) dan lain-lain lokasi yang dibenarkan
Imej Komoditi Karavan Tani
Rekabentuk imej luaran mengikut komoditi jualan usahawan yang standard dan seragam yang disediakan oleh FAMA bagi tujuan keseragaman dan pengiklanan.Pembangunan imej dibantu oleh pihak FAMA yang membiayai kos mengecat bahagian luaran karavan serta pembangunan imej Karavan Tani mengikut pelbagai komoditi dan kategori :
  • Sayur
  • Buah
  • Ayam
  • Daging
  • Ikan
  • Produk Industri Asas Tani
  • Aneka Makanan
  • Aneka Minuman
  • Herba
Lokasi Operasi

Lokasi bagi kawasan operasi karavan tani meliputi:

  • Tapak Pasar Tani sedia ada
  • kawasan tempat letak kereta tumpuan orang ramai yang dibenarkan
  • Pejabat Kerajaan
  • Kawasan Perumahan
  • Pasar Malam / Pasar Sehari
Pembiayaan
TEKUN Nasional akan bekerjasama dengan FAMA bagi membiayai usahawan yang berminat untuk menyertai projek ini bagi membeli karavan dengan pinjaman mudah melibatkan pembiayaan sehingga RM100 ribu termasuk modal pusingan perniagaan
 
Lesen Perniagaan Oleh Pihak Berkuasan Tempatan
Usahawan masih tertakluk kepada pematuhan terhadap peratuaran perniagaan oleh pihak FAMA, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Pihak Berkuasa Tempatan
 
Cara Memohon


Borang permohonan boleh daripada Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri serta Pejabat FAMA Daerah berhampiran atau muaturun borang di sini.
 

23 Oktober 2017 01:12 PM