Karavan Tani

 FAMA FOOD TRUCK PARK 

PENGENALAN

Menyediakan kawasan yang ditetapkan khas untuk usahawan Karavan Tani bagi menjalankan aktiviti jualan produk makanan dan minuman pada hari dan tempoh masa tertentu. Peluang juga diberikan kepada usahawan Food Truck persendirian.

LATAR BELAKANG

Diwujudkan pada tahun 2019 dengan nama asal Medan Food Truck FAMA bagi menyediakan ruang niaga kepada usahawan caravan tani dan kepada pemilik persendirian Food Truckdan kemudiannya telah ditukarkan nama kepada FAMA Food Truck Park Pasar. Ianya menampilkan kepelbagaian produk-produk makanan dan minuman yang lebih menarik dan mesra pelanggan dimana citarasa masyarakat kini yang lebih gemar kepada persembahan makanan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu, ianya juga berkonsepkan santai dimana disetiap kawasan yang dibangunkan sebagai Food Truck Park akan diisi dengan aktiviti yang menarik diantaranya Car Booth Sale(CBS) dan persembahan Buskers dan lain-lain berdasarkan kreativiti pengurus setiap kawasan bagi menarik minat pengunjung.

TUJUAN

  1. Menambah Outlet peruncitan bagi usahawan Karavan Tani untuk menjalankan perniagaan.
  2. Mempromosikan konsep peruncitan jualan makanan menggunakan truck makanan (Food Truck) kepada pengguna.
  3. Memberi peluang kepada usahawan Food Truck persendirian untuk berniaga.
  4. Meningkatkan pendapatan usahawan.

KEISTIMEWAAN

  1. Konsep perniagaan yang menarik dan sesuai dengan trend masyarakat Malaysia.
  2. Mudah diurus dan lebih teratur.
  3. Menggunakan ruang niaga yang minimum dan kos sewaan tapak yang rendah.
  4. Ruang perniagaan yang sesuai dengan kehendak Pihak Berkuasa Tempatan dan pengguna.
  5. Bersuasana karnival dengan perniagaan yang santai di kawasan terbuka.
  6. Perniagaan secara berkumpulan yang menawarkan pelbagai jenis produk jualan kepada pengguna.
  7. Pelbagai program dan aktiviti berjadual untuk pengguna.
  8. Pemantauan secara langsung oleh FAMA

PEMILIHAN LOKASI

  1. Pemilihan lokasi di peringkat awal pembangunan diutamakan di kawasan bandar-bandar besar seperti bandar ibu negeri, diikuti oleh bandar-bandar besar di sesuatu daerah dan seterusnya dikawasan perumahan sebelum ke pekan-pekan kecil.
  2. Beberapa lokasi pilihan yang berpotensi hendaklah dikenalpasti dan perlu dibuat kajian fisibiliti.
  3. Antara lokasi yang sesuai ialah seperti kawasan lapang sementara seperti tempat letak kereta, tempat tumpuan orang ramai dan berhampiran dengan kemudahan awam.
  4. Kelulusan penggunaan tapak daripada pemilik atau pihak yang bertanggungjawab terhadap tapak tersebut perlu diperolehi dan syarat-syarat penggunaan tapak perlu diputuskan.

PEMILIHAN PESERTA DAN PRODUK JUALAN

Antara ciri-ciri yang perlu diambil kira dalam pemilihan peserta dan produk jualan ialah : 

  1. Bilangan karavan (dengan bilangan minimum sebanyak 10 buah trak).
  2. Keluasan tapak.
  3. Kepelbagaian produk jualan.
  4. Keunikan dan persembahan produk jualan.
  5. Keperibadian usahawanUsahawan dan karavan perlu mematuhi peraturan PBT/Jabatan dan Agensi berkaitan.
  6. Karavan dan trak yang bersih, kemas dan menarik.

KADAR BAYARAN

Kadar yang ditetapkan mengikut kesesuaian. Pihak urusetia boleh memetapkan kadar bayaran yang bersesuaian setelah mengambilkira bebagai faktor temasuk fee yang di kenakan oleh PBT, kos penyediaan tapak dan lain-lain faktor. 

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan untuk menyertai Program Usahawan Karavan Tani boleh dibuat dengan mengisi borang penyertaan yang boleh didapati dari Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri dan Daerah berhampiran.
  2. Borang penyertaan juga boleh di muat turun melalui laman web FAMA: www.fama.gov.my.
  3. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen yang di perlukan hendaklah dihantar ke Pejabat FAMA Daerah atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.
Pages: 1  2  3