Karavan Tani

JENIS PRODUK JUALAN

Jenis produk jualan

Buah – buahan segar

Sayur – sayuran segar

Ayam segar

Daging segar

Ikan dan hasil laut

Produk industri asas tani

Aneka makanan

Aneka minuman

Roti, kek dan pastri

Kuih – muih

Produk herba dan kesihatan

Produk kraftangan

Nurseri dan Florikultur

Pelbagai program dan aktiviti berjadual untuk pengguna

Pemantauan secara langsung oleh FAMA


KUMPULAN SASAR

  1. Petani, peternak, nelayan dan usahawan industri asas tani
  2. Penjaja makanan dan minuman
  3. Usahawan peruncitan
  4. Belia dan siswazah
  5. Golongan berpendapatan rendah (B40)
  6. Pesara dan bekas tentera
  7. Penduduk setempat 


IMPAK PROGRAM

  1. Pasaran hasil pertanian dan produk agro makanan diperluaskan
  2. Peningkatan pendapatan usahawan
  3. Peningkatan bilangan usahawan peruncitan

 

SYARAT PERMOHONAN

SYARAT - SYARAT
PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Usia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa memohon
  • Memiliki lori jenis luton van / pick up box / food catering concept
  • Memiliki sekurang – kurangnya lesen memandu kelas D dan GDL (Good Driving License)
  • Mematuhi peraturan perniagaan oleh PBT dan jabatan/Agensi berkaitan
  • Sedia menerima teguran, cadangan dan tindakan dari pihak FAMA serta menyertai program -program yang dianjurkan oleh FAMA 
  • Melengkapkan Borang Permohonan Karavan Tani dan mengemukakan ke Pejabat FAMA berdekatan
  • Menandatangani Surat Aku Janji Peserta Karavan Tani apabila permohonan penyertaan diluluskan

 

CARA PERMOHONAN

  1. Melengkapkan Borang Permohonan Karavan Tani yang boleh diperolehi secara percuma dari Pejabat FAMA berhampiran atau dimuat turun dari Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
  2. Mengemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan ke Pejabat FAMA yang berdekatan.

 

Pages: 1  2  3