Pengenalan
Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) diperkenalkan sebagai salah satu usaha FAMA untuk mempelbagaikan outlet pasaran kepada peserta ladang kontrak serta bagi menyokong program-program yang dilaksanakan FAMA di seluruh Malaysia

Pelaksanaan program ini mampu menawarkan harga sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih berpatutan kepada pengguna iaitu 5% hingga 30% lebih rendah dari harga pasaran dan harga yang munasabah kepada pengeluar sekitar 50% daripada harga pengguna.

Objektif 

  • Bagi memperkenalkan, mewar-warkan dan mempromosikan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di outlet-outlet yang dicadangkan yang menawarkan produk-produk segar dengan harga yang berpatutan kepada pengguna  serta jaminan kualiti yang baik.
  • Menawarkan Jualan pada harga istimewa dari 5% hingga 30% lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
  • Jaminan produk terus dari ladang yang “Segar Dan Berkualiti” kepada pengguna.
  • Menggalakkan peserta Ladang Kontrak bagi membuat jualan terus kepada pengguna seterusnya meningkatkan pendapatan peserta.