Jenis Bantuan (Program Agropreneur Muda)

Jenis Bantuan
Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu :

  1. Geran Agropreneur Muda (GAM)
    1. Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangka masa panjang pada perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
       
  2. Pembiayaan    
    1. Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut:
      1. TEKUN Nasional –  Sehingga  RM 50,000 bagi setiap projek
      2. Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
         
  3. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MOA berkaitan dengan projek yang dijalankan.


Kumpulan Sasar
Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 - 40 tahun.