Galakan Pasaran Dalam Negara

PERKHIDMATAN

  • Menyediakan bahan promosi bercetak kepada usahawan sebagai sokongan aktiviti
  • Menyediakan ruang dan tapak kepada usahawan melalui penganjuran kempen/ekspo/karnival/pesta
  • Membuat publisiti kepada usahawan melalui media cetak dan media elektronik seperti Facebook, Instagram,Youtube dan Twitter

KRITERIA PERMOHONAN

Skop Perkhidmatan 1: 
Penyertaan Dalam Pameran Perdagangan/Pengguna Domestik

  • Usahawan perlu mempunyai SSM dan berdaftar sebagai usahawan FAMA
  • Mempunyai produk yang berpotensi untuk pasaran domestik dan eksport
  • Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan

Skop Perkhidmatan 2: 
Program Dan Kempen Anjuran Fama

  • Usahawan perlu didaftar dengan FAMA
  • Mempunyai produk yang berpotensi untuk pasaran domestik dan eksport
  • Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan

CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang penyertaan di www.fama.gov.my (laman web FAMA) atau permohonan secara bertulis kepada Bahagian Galakan Pasaran atau Pejabat FAMA Negeri.