Gerai Buah-buahan Segar

Pengenalan  
Program ini dikenali sebagai program pembangunan usahawan GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR atau nama singkatannya GBBS. Fokus program ialah membangunkan usahawan pemasar buah-buahan dalam pasaran peruncitan yang lebih teratur dan seragam.

Konsep
  1. GBBS adalah gerai milik usahawan yang dipilih oleh FAMA untuk dibangunkan.
  2. GBBS menampilkan imej yang menarik, teratur, kemas dan peragaan yang seragam di seluruh negara dari segi rekabentuk kanopi, rak jualan buah, penggunaan warna dan bahan-bahan promosi.

Objektif
  1. Mewujudkan rangkaian gerai buah-buahan tempatan sebagai saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan tempatan berkualiti dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
  2. Sebagai salah satu saluran alternatif mengurangkan masalah pemasaran buah-buahan tempatan.
  3. Membantu usahawan gerai buah-buahan memperkembangkan perniagaan buah-buahan dan meningkatkan pendapatan melalui pengurusan gerai yang cekap, seragam dan berkesan.
  4. Mewujudkan satu rantaian pemasaran runcit buah-buahan diseluruh negara yang boleh dijadikan contoh terbaik dari segi pengurusan perniagaan runcit.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Usahawan mestilah WARGANEGARA MALAYSIA yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun berkaitan buah-buahan  dan mempunyai lesen perniagaan yang sah disisi undang-undang.
  • usahawan mesti berdaftar dengan FAMA melalui pengisian borang permohonan GBBS
  • buah-buahan serta produk berasaskan buah tempatan sahaja yang boleh diurusniagakan di gerai berkenaan.
  • komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 30% daripada nilai keseluruhan urusniaga pada setiap masa.
  • produk yang dipasarkan hendaklah sentiasa dalam keadaan segar dan berkualiti.
  • hari dan waktu perniagaan hendaklah ditentukan secara tetap mengikut kesesuaian tempat dan permintaan pengguna.
  • usahawan terpilih tidak boleh menukar hakmilik, memajak, menyewa semula atau apa-apa bentuk perpindahan hakmilik ke atas gerai tersebut.

Perkhidmatan FAMA
Setiap usahawan yang dipilih di bawah program GBBS akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman peralatan, bahan-bahan promosi serta bimbingan dan khidmat nasihat pakar.

Kumpulan Sasaran
Peniaga runcit buah-buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju.

Cara Memohon
Hantar permohonan yang lengkap kepada:
Bahagian Peruncitan – Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA
atau
Pejabat FAMA yang berhampiran.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat dan Pejabat FAMA yang berhampiran atau muat turun borang di bawah.
Lampiran :