Gerai Buah-buahan Segar

PENGENALAN  

Projek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) merupakan satu pendekatan baru dalam membangunkan usahawan pemasar buah-buahan tempatan di seluruh negara. 

Projek GBBS telah dimulakan pada 26 April 2006 di seluruh negara sebagai salah satu strategi bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan pasaran buah-buahan tempatan. 

Strategi ini memberi kesan pada isu lambakan buah-buahan terutamanya bagi buah-buahan bermusim di kawasan pengeluaran tertentu dapat diminimakan dengan jualan secara terus ke outlet GBBS.



DEFINISI PROJEK

GBBS adalah merupakan sebuah premis yang menjalankan aktiviti urusniaga buah-buahan segar sebagai komoditi utamanya yang dinaiktaraf / dibangunkan oleh pihak FAMA dengan mengguna pakai imej koporat projek yang seragam. 

Premis tersebut boleh merupakan premis usahawan sedia ada milik sendiri / disewa atau pun premis yang dibangunkan oleh fama dan kemudiannya diuruskan / disewakan kepada usahawan dengan syarat-syarat tertentu.


OBJEKTIF
  1. Mewujudkan rangkaian gerai buah-buahan yang menarik sebagai saluran alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan buah-buahan tempatan.
  2. Sebagai salah satu outlet runcit bagi mengatasi masalah pemasaran seterusnya memperluaskan pasaran urusniaga buah-buahan bermusim.
  3. Meningkatkan nilai jualan dan pendapatan usahawan melalui tarikan pengunjung ke atas konsep keseragaman dan kebersihan gerai.
  4. Mewujudkan satu rantaian pemasaran runcit buah-buahan di seluruh negara di kalangan peserta.
  5. Seiringan dengan dasar Teras Buku Harapan Kerajaan dalam sektor peruncitan buah-buahan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Usahawan mestilah WARGANEGARA MALAYSIA, berumur tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun berkaitan buah-buahan, mempunyai lesen perniagaan dan premis yang sah disisi undang-undang atau Surat Pengesahan Tiada Keperluan Lesen Perniagaan (PBT) dari FAMA Negeri/ PFD/ JKKK/ Pihak Yang Berkaitan.
  • Usahawan memiliki modal yang mencukupi dengan rekod jualan yang baik (bagi tempoh 3 bulan) semasa permohonan GBBS dibuat:
    • Semenanjung Malaysia melebihi RM 10,000.00 rekod jualan
    • Negeri Sabah dan Sarawak melebihi RM 7,000.00 rekod jualan
       
  • Komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import dan komoditi lain dibenarkan dengan % pecahan jualan:
    • 60% adalah buah tempatan/ bermusim/ tanaman kontan/produk pertanian.
    • 40% adalah buah import/ IKS/ produk pertanian tambah nilai / produk pelengkap.
       
  • Mempunyai dokumen perniagaan yang sah disisi undang-undang:
    • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) 
    • Lesen Perniagaan Dari PBT 
    • Kebenaran pengesahan menduduki tapak perniagaan dari PBT/JKR/Tuan Tanah/Pihak Yang Berkaitan
       
  • Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersetuju untuk mengubahsuai premis kepada konsep Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS).

SKOP BANTUAN GBBS 
Bagi menjayakan objektif projek GBBS, usahawan yang dibangunkan akan diberi pinjaman kemudahan peralatan GBBS yang bersesuaian dengan kategori gerai dan jenis buah yang diurusniagakan. 
 
Kemudahan peralatan GBBS yang dipinjamkan adalah kanopi, rak jualan buah mengikut kesesuaian komoditi dan jenis premis, papan tanda perniagaan, papan tanda usahawan, papan tunjuk arah, tanda harga, alas meja (mengikut kesesuaian) dan bahan-bahan promosi seperti bunting, flagline, banner serta billboard mengikut kesesuaian gerai iaitu gerai jenis medan.

Kumpulan Sasaran
Peniaga runcit buah-buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju.

Cara Memohon
Hantar permohonan yang lengkap kepada:
Bahagian Peruncitan – Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA
atau
Pejabat FAMA yang berhampiran.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat dan Pejabat FAMA yang berhampiran atau muat turun borang di bawah.
Lampiran :