Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)

PENGENALAN
Pojek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) merupakan satu pendekatan baru dalam membangunkan usahawan pemasar buah-buahan tempatan di seluruh negara. Projek GBBS telah dimulakan pada 26 April 2006 di seluruh negara sebagai salah satu strategi bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan luang pasaran alternatfi pasaran buah-buahan tempatan.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan ragkaian gerai buah-buahan yang manarik segabai salurana alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan buah-buahan tempatan.
  • Sebagai salah satu outlet runcit bagi mengatasi masalah pemasaran seterusnya memperluaskan pasaran urusniaga buah- buahan bermusim
  • Meningkatkan nilai jualan dan pendapatan usahawan melalui tarikan pengunjung ke atas konsep keseragaman dan kebersihan gerai.
  • Mewujudkan rantaian pemasaran runcit buah-buahan di seluruh negera dikalangan peserta.
  • Seiringan dengan dasar kerajaan dalam transformasi sektor peruncitan.

KONSEP PEMBANGUNAN PROJEK GBBS
Pembangunan Projek GBBS terbahagi kepada 3 konsep:
Naik Taraf Gerai Buah Sedia ada

  • Pembangunan premis sedia ada milik usahawan (bagi premis berbentuk berstruktur kanopi dan bangunan)
  • Naik taraf premis secara berkelompok dengan diuruskan minimum 3 orang usahawan (premis dalam bentuk rangkaian atau medan separa kekal samada milik PBT/ Kerajaan Negeri/ Pusat yang dikendalikan oleh FAMA).
  • Warna cat premis berkonsep tema kuning menggunakan kod Chrome Yellow BS 0002 & Wira Blue DSWC 11221 (Dulux).
     

JENIS PEMBANGUNAN GERAI GBBS
Terdapat 2 kategori premis gerai GBBS yang dibangunkan adalah seperti berikut:

  1. Berstruktur Kanopi
    • Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 20’x20’
    • Premis Berstruktur Kanopi Jenis Metal Deck Bersaiz 20’x20
    • Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 10’ x 10
       
  2. Berstruktur Bangunan (Baru / Sediada) – Kekal
    • Premis perniagaan dalam dibangunan sedia ada
    • Premis perniagaan dalam bangunan sedia ada milik pihak ketiga (PBT / Kerajaan Negeri / Pusat/ Swasta
    • Pembangunan baru separa kekal milik FAMA
    • Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 20’x20’