Gerai Buah-buahan Segar

LATAR BELAKANG  
Projek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) telah bermula pada April 2006. Pada masa itu projek tersebut dikenali sebagai Gerai Buah Bimbingan FAMA (GBBF). Tujuan utama Projek GBBS adalah bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan pasaran dan luang agihan agar kesan isu lambakan buah-buahan terutamanya buah-buahan bermusim di kawasan-kawasan pengeluaran tertentu dapat dikurangkan.



DEFINISI
GBBS adalah merupakan sebuah premis yang menjalankan aktiviti urusniaga buah-buahan segar sebagai komoditi utamanya yang dinaiktaraf/dibangunkan oleh pihak FAMA dengan menggunapakai imej koporat projek yang seragam. Premis tersebut boleh merupakan premis usahawan sedia ada milik sendiri/disewa ataupun premis yang dibangunkan oleh pihak FAMA dan kemudiannya diuruskan/disewakan kepada usahawan dengan syarat-syarat tertentu. Komponen di bawah projek GBBS yang dinaiktaraf dan diberikan secara pinjaman adalah termasuk struktur bahagian bumbung, peralatan peragaan, mengecat warna korporat pada bahagian yang munasabah serta bahan-bahan promosi mengikut kategori GBBS.


OBJEKTIF
  1. Mewujudkan rangkaian gerai buah-buahan yang menarik sebagai saluran alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan buah-buahan tempatan.
  2. Sebagai salah satu outlet runcit bagi mengatasi masalah pemasaran seterusnya memperluaskan pasaran urusniaga buah-buahan bermusim.
  3. Meningkatkan nilai jualan dan pendapatan usahawan melalui tarikan pengunjung ke atas konsep keseragaman dan kebersihan gerai.
  4. Mewujudkan satu rantaian pemasaran runcit buah-buahan di seluruh negara di kalangan peserta.
  5. Seiringan dengan dasar kerajaan dalam transformasi sektor peruncitan.


KONSEP PELAKSANAAN
Pembangunan Projek GBBS terbahagi kepada 3 konsep:

  1. Naik Taraf Gerai Buah Sedia Ada
  • Pembangunan premis sedia ada milik usahawan (bagi premis berbentuk berstruktur kanopi dan bangunan)
  • Naik taraf premis secara berkelompok dengan diuruskan minimum 3 orang usahawan (premis dalam bentuk rangkaian atau medan separa kekal samada milik PBT/Kerajaan Negeri/Pusat yang dikendalikan oleh FAMA)
  1. Pembinaan Lot Gerai Baru
    • FAMA akan membangunkan lot gerai GBBS baru di lokasi yang berpotensi untuk usahawan peruncit buah. Usahawan tersebut perlu membayar sejumlah bayaran bulanan bagi tujuan menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan premis perniagaan. Tapak premis yang dibangunkan boleh di atas tapak milik FAMA ataupun milik PBT.
       
  2. Program Pinjaman Kanopi 10x10
    • FAMA memberi kemudahan kepada usahawan dalam bentuk pinjaman Kanopi 10' x 10' untuk tempoh 3 bulan bagi tujuan jualan buah-buahan bermusim dan aktiviti jualan buah-buahan seperti karnival, jualan terus dari ladang dan lain-lain.


JENIS PEMBANGUNAN GERAI GBBS MENGIKUT STRUKTUR
Terdapat 2 kategori premis gerai GBBS yang dibangunkan adalah seperti berikut: 

  1. Berstruktur Kanopi
    1. Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 20' x 20'

       
    2. Premis Berstruktur Kanopi Jenis Metal Deck Bersaiz 20' x 20'

       
    3. Premis Berstruktur Kanopi Jenis Polycarbonate Bersaiz 20' x 20'

       
    4. Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 10' x 10'

       
  2. Berstruktur Bangunan (Baru/Sediada)
    1. Premis perniagaan dalam bangunan

       
    2. Premis perniagaan dalam bangunan milik pihak ketiga (PBT/Kerajaan Negeri/Pusat/Daerah)

       
    3. Pembangunan baru milik FAMA


 

SYARAT PENYERTAAN
  • WARGANEGARA MALAYSIA, berumur tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.
  • Usahawan telah menjalankan perniagaan buah-buahan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Usahawan mempunyai lesen perniagaan dan premis/tapak yang sah disisi undang-undang.
  • Usahawan memiliki modal yang mencukupi dengan rekod jualan yang baik (bagi tempoh 3 bulan) semasa permohonan GBBS dibuat:
    • Semenanjung Malaysia melebihi RM 10,000.00 rekod jualan
    • Negeri Sabah dan Sarawak melebihi RM 7,000.00 rekod jualan
       
  • Komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import, lain-lain produk yang berasaskan pertanian dan industri asas tani adalah dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 40%.
  • Menyertakan salinan dokumen perniagaan yang sah di sisi undang-undang seperti berikut :
    • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
    • Lesen Perniagaan dari PBT


CARA PERMOHONAN
  • Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersetuju untuk mengubahsuai serta menaik taraf premis kepada konsep Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS)
  • Melaporkan nilai jualan bulanan kepada pihak FAMA setelah menyertai Program GBBS bagi projek tujuan pelaporan.
  • Usahawan mestilah bersedia menerima bekalan daripada FAMA dan menjual pada harga yang disyorkan sekiranya perlu berdasarkan kepada keadaan semasa.
  • Wajib menandatangani Surat Perjanjian dan Aku Janji Program GBBS.


BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT FAMA NEGERI
(sedang dikemaskini)