Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GBBS 

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun sewaktu permohonan.
  2. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan mempunyai dokumen perniagaan yang sah disisi undang-undang:
    • Warganegara Malaysia
    • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
    • Permit Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan
    • Surat Pengesahan perniagaan bagi peniaga yang tiada keperluan lesen di buat dari FAMA Negeri/ PFD/ JKKK/ Pihak Yang Berkaitan.
       
  3. Tapak / premis perniagaan yang dipilih oleh FAMA atau dipohon oleh usahawan perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Penilaian tapak GBBS adalah seperti berikut:
    • Lokasi yang strategik
    • Tidak mengganggu lalu lintas pengguna jalan raya
    • Mempunyai laluan layby bagi keluar masuk kenderaan
    • Memiliki kebenaran daripada pihak yang berwajib
    • Mempunyai tapak / premis perniagaan milik sendiri atau premis disewa sekurang-kurangnya bagi tempoh 1 tahun semasa tarikh permohonan. Salinan dokumen penyewaan tapak / premis wajib disertakan bersama borang permohonan.
       
  4. Usahawan memiliki modal yang mencukupi dengan rekod jualan yang baik (bagi tempoh 3 bulan) semasa permohonan GBBS dibuat:
    • Semenanjung Malaysia melebihi RM10,000.00 rekod jualan
    • Negeri Sabah dan Sarawak melebihi RM7,000.00 rekod jualan
       
  5. Komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import dan komoditi lain dibenarkan dengan pecahan jualan:
    • 60% adalah buah tempatan/ bermusim/ tanaman kontan / produk Pertanian.
    • 40% adalah buah import/ IKS/ produk pertanian & Industri Makanan.
       
  6. Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersetuju untuk mengubahsuai premis kepada konsep Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS).
  7. Bagi permohonan yang diluluskan, usahawan GBBS disarankan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalani Latihan pengendali makanan, pemeriksaan kesihatan serta suntikan Kesihatan (Ty2).
  8. Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah mengepilkan kad pendaftaran OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  9. Sekiranya pemohon tidak mendapat apa-apa maklumbalas permohonan penyertaan GBBS selepas 3 bulan, pemohon adalah dianggap tidak berjaya.
  10. Bagi pembangunan GBBS Speciality / Agrotourism syarat-syarat     penyertaan adalah seperti berikut:
    • Menjalankan perniagaan buah-buahan runcit dengan nilai jualan semasa melebihi RM20,000.00 sebulan.
    • Komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun, buah-buahan import, lain-lain produk yang berasaskan pertanian dan Industri Makanan dengan syarat tidak melebihi 40%.
    • Menjalankan skop perniagaan tambahan iaitu jualan produk Speciality atau perkhidmatan Agrotourism.
    • Konsep Speciality – Jualan buah sejenis yang ditambah nilai pelbagai dalam bentuk minuman dan makanan. 
      • (Cth: Kelapa – Jualan air kelapa, coconut shake, kelapa bakar)
      • (Cth: Durian –Jualan durian, cendol durian, durian crepe)
      • (Cth: Mangga –Jus mangga, pulut mangga, aiskrim mangga)
         
  11. Kerja-kerja naik taraf adalah bagi bahagian premis, rak buah dan peralatan perniagaan dan imej GBBS Agro Pelancongan atau Speciality. 
  12. Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersetuju untuk mengubahsuai premis kepada konsep Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS).

 

INSENTIF PROJEK GBBS 
Insentif yang diberi kepada usahawan Gerai Buah-Buahan Segar adalah seperti berikut :-

  1. Menaik taraf premis perniagaan usahawan.
  2. Pemasangan papan tanda perniagaan dan papan tunjuk arah yang seragam.
  3. Peralatan rak-rak peragaan buah buahan seperti Rak.
  4. Tanda harga.
  5. Alas meja (mengikut kesesuaian).
  6. Pembekalan bahan-bahan promosi GBBS seperti bunting, flagline, banner mengikut kesesuaian premis.
  7. Latihan & Kursus Keusahawanan yang di anjurkan oleh Bahagian Pembangunan Institusi Pemasaran.
  8. Bantuan peralatan kepada peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) secara ‘one-off’:
    • T-shirt / Apron
    •  Topi
    •  Alas Meja
       

CARA-CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Gerai Buah buahan Segar dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat FAMA Negeri atau Daerah yang berhampiran. Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat FAMA Negeri atau Daerah dan memuat turun dari laman web FAMA di www.fama.gov.my.

 

 

Dikemaskini pada 16 Ogos 2023