Bahasa Malaysia |  

For disability access, select any text and click the button below

GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS)

Pengenalan

Program ini dikenali sebagai program pembangunan usahawan GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR atau nama singkatannya GBBS. Fokus program ialah membangunkan usahawan pemasar buah-buahan dalam pasaran peruncitan yang lebih teratur dan seragam.

 
KONSEP
  • GBBS adalah gerai milik usahawan yang dipilih oleh FAMA untuk dibangunkan.
  • GBBS menampilkan imej yang menarik, teratur, kemas dan peragaan yang seragam di seluruh negara dari segi rekabentuk kanopi, rak jualan buah, penggunaan warna dan bahan-bahan promosi
OBJEKTIF
  • mewujudkan rangkaian gerai buah-buahan runcit sebagai saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan berkualiti dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
  • Membantu usahawan gerai buah-buahan memperkembangkan urusniaga buah-buahan dan meningkatkan pendapatan melalui pengurusan gerai yang cekap, seragam dan berkesan.
  • Mewujudkan satu rantaian pemasaran runcit buah-buahan diseluruh negara yang boleh dijadikan contoh terbaik dari segi pengurusan perniagaan runcit.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • usahawan mestilah WARGANEGARA MALAYSIA yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun berkaitan buah-buahan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah disisi undang-undang.
  • usahawan mesti berdaftar dengan FAMA melalui pengisian borang permohonan GBBS
  • buah-buahan serta produk berasaskan buah tempatan sahaja yang boleh diurusniagakan di gerai berkenaan.
  • komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 30% daripada nilai keseluruhan urusniaga pada setiap masa.
  • produk yang dipasarkan hendaklah sentiasa dalam keadaan segar dan berkualiti.
  • hari dan waktu perniagaan hendaklah ditentukan secara tetap mengikut kesesuaian tempat dan permintaan pengguna.
  • usahawan terpilih tidak boleh menukar hakmilik, memajak, menyewa semula atau apa-apa bentuk perpindahan hakmilik ke atas gerai tersebut.
PERKHIDMATAN FAMA

Setiap usahawan yang dipilih di bawah program GBBS akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman peralatan, bahan-bahan promosi serta bimbingan dan khidmat nasihat pakar.


Kumpulan Sasaran

Peniaga runcit buah-buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju.

 
Cara Memohon
  • Setiap permohonan hendaklah mengisi Borang Permohonan GBBS yang boleh diperolehi di Pejabat FAMA berhampiran atau melayari www.fama.gov.my atau klik disini
  • Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke Pejabat FAMA yang berhampiran.
  • Keterangan lanjut boleh diperolehi di Bahagian Peruncitan –Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang atau di talian 03-61264000