Gambar

Pengagihan Kit Kebajikan FAMA Fasa 2 Kepada Kakitangan FAMA Negeri Sembilan I 17 Nov. 2020 (Selasa) I 3.00 petang I Pusat Operasi FAMA Senawang, Seremban, Negeri Sembilan I Pengagihan Kit Kebajikan FAMA adalah merupakan satu inisiatif bagi meringankan beban kakitangan FAMA yang kurang berkemampuan dan juga yang mengalami komplikasi kesihatan yang kronik. Pada Fasa 2 ini, seramai 29 orang kakitangan FAMA Negeri Sembilan telah menerima kit tersebut. Ini kesinambungan daripada Fasa 1 iaitu, seramai 32 orang penerima yang terjejas semasa tempoh PKP. Majlis penyampaian pengagihan Kit Kebajikan FAMA ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA. Kit Kebajikan FAMA ini telah disumbangkan oleh Tabung Kebajikan Kakitangan FAMA, FAMACorp dan Kelab Sukan FAMA Negeri Sembilan.