Gambar

27 November 2020 | Jumaat | 3:30petang | Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan MAFI Masak Challange Yang Disempurnakan Oleh YB. Datuk Seri Ahmad BIn Hamzah, Timbalan Menteri 1 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan -MAFI | Ibupejabat FAMA.

VIRTUAL MAFI MASAK CHALLENGE 2020

Pertandingan Memasak Secara Maya Yang Pertama di Malaysia ini dilancarkan FAMA sejak September lalu dalam mencungkil bakat 
mempelbagaikan hasil seni kulinari secara online yang menjadi trend masyarakat hari ini. 

72 orang peserta telah berentap dan sesi penilaian telah dijalankan pada 9 – 11 November 2020 dengan semua para penilai di Ibu Pejabat FAMA.

Kini tibalah hari yang dinanti, keputusan telah pun diperolehi. 

En. Ahmad Khoosyi Khuzaini dari Kolej Vokasional Gerik, Perak telah merangkul tempat pertama dan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM1,500, Trofi serta Sijil Penyertaan, En. Aliff Oslan dari Kolej Yayasan Pelajaran Johor pula berjaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM1,000, Trofi serta Sijil Penyertaan dan tempat ketiga dimiliki oleh En. Jimmi Tiaw Tzer Ming dari UNITAR International University, Selangor yang berjaya membawa pulang hadiah Wang Tunai RM500, Trofi serta Sijil Penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I. 

Turut hadir YBhg. Dato' Haslina bt Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; YB Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA dan YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.

Pertandingan ini adalah sebahagian peranan FAMA dalam menjalankan kempen dan promosi galakan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman tempatan supaya rakyat Malaysia terus mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi bagi meningkatkan ketahanan imunisasi badan dalam melawan musim virus ketika ini.