Gambar

23 November 2020 Isnin 3.00 petang Bilik Seminar Pejabat FAMA Negeri Terengganu Program Agihan Kit Kebajikan Kakitangan FAMA FASA II Semangat jiwa kekitaan perlu diterapkan bagi mengimbangi kesengjangan taraf sosial dikalangan sesama kakitangan FAMA, justeru, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA Negeri Terengganu mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan mengagihkan Kit Kebajikan Kakitangan FAMA FASA II kepada kakitangan yang terlibat. Seramai 25 orang kakitangan menerima bantuan berkenaan.

Antara kriteria penerima Kit Bantuan adalah  - 

1) Kakitangan yang mempunyai anak  ahli keluarga yang mengidap penyakit kronik
2) Ibu Tunggal
3) Banyak tanggungan
4) Masalah Kewangan

Penyampaian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Che Ghani Bin Che Wan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu. FAMA Negeri Terengganu mendoakan dipermudahkan segala urusan kepada kakitangan yang berkenaan.