Gambar

22.11.2020 Ahad 10.30 pagi Pejabat FAMA Negeri Kelantan Penyerahan Kit Kebajikan FAMA Fasa 2 Program Penyerahan Kit Kebajikan FAMA Fasa 2 disempurnakan oleh YBrs. Puan Wan Nora Binti Wan Ahmad, Pengarah FAMA Negeri Kelantan bersama YBrs. Tuan Haji Mohd Ariffin Bin Hj Awang, Penasihat Kompleks Pemasaran FAMA. Seramai 53 orang penerima kit kebajikan adalah dari FAMA Negeri dan juga FAMA Daerah di Negeri Kelantan.

Kategori penerima Kit Kebajikan FAMA Fasa 2

1. Suami isteri yang tidak bekerja.

2. Pegawaikakitangan atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik.

3. Pegawaikakitangan atau ahli keluarga yang uzur.

Semoga kit ini serba sedikit dapat meringankan beban kakitangan yang terkesan. Sumbangan daripada Tabung Kebajikan Kakitangan FAMA & FAMACO

Ribuan terima kasih diucapkan dari warga FAMA Kelantan kepada Penganjur dan Penyumbang kepada Kit Kebajikan Fasa 2 kali ini. Smoga Allah terus merahmati dan memberkati tuan puan dan kita semua.